,
Sukan

Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

Gempak
27/06/2024
09:47 MYT
Pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 26 Julai ini.

Hannah Yeoh Harap Tiada Perbandingan Dengan Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung pendekatan kepimpinannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin, memandangkan semua menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.
"Masa zaman beliau (Khairy) itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh.

"Baca komen (ada) ingatkan ini baju perbarisan (namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet.

"Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza.
"Kita perlu hormati MOM dan kontrak penajaan mereka dengan Yonex dan saya serahkan ini kepada Mohamad Norza dan percaya beliau mampu untuk selesaikan (supaya) bila ke Paris kita berjalan (sebagai) satu pasukan (dan) orang tak nampak ini MOM, ini KBS (sebab) kita semua bawa nama Malaysia," katanya selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC).

BERITA TRENDING:Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini

Khairy yang memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018, berkongsi menerusi audio siar (podcast) bersama Shahril Hamdan mengenai peranannya dalam penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, semalam.
Hannah turut menegaskan tiada keperluan menaikkan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David kepada Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke temasya tersebut, memandangkan pemegang jawatan itu sekarang Datuk Hamidin Mohd Amin seorang yang berkaliber dalam kepimpinannya.

BERITA TRENDING:"Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

"Komen media sosial, kalau ada satu masalah, cara dan cadangan gugurkan orang tersebut ini bukan cara betul, sebenarnya kena kenal pasti punca masalah tersebut, dalam kes ini bukan punca Hamidin. Bagi saya Hamidin mendengar (setiap masalah dihadapi) dan itu penting," katanya.
Selain itu, Hannah turut menggesa pihak polis supaya segera mengeluarkan hasil siasatan membabitkan kejadian simbahan asid terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim.

BERITA TRENDING:Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

"Mengenai titah Sultan Selangor, saya rasa ini berkaitan dengan kes Faisal Halim. Selagi polis belum memaklumkan mengenai hasil siasatan mereka, bukan sahaja Sultan Selangor, saya telah dengar ramai yang telah berjumpa dengan saya, peminat-peminat sukan juga, mereka mahu keadilan, mereka mahu tahu perkembangan hasil siasatan.
"Itu sebab saya nak menggesa pihak polis untuk segerakan, maklumkan kepada orang ramai supaya kes ini kita boleh pergi ke peringkat seterusnya.
"Kalau kita masih tidak ada hasil siasatan itu, orang (ramai) tak boleh 'move on' kerana Faisal Halim merupakan aset negara," katanya sambil berharap proses rayuan Selangor FC berjalan lancar.

BERITA TRENDING:Bekas Gimnas Negara ‘Kecewa’ Dengan Kenyataan Hamidin - “Kalau Dia Tahu…”

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana ketidakhadiran pasukan itu ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei lepas.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan terbaharu MFL itu, yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.