,
Hiburan

Tertarik Dengan Keunikan, Norman Abdul Halim 'Sunting' Dian Hashim

Kamaruddin Razal
25/08/2020
10:25 MYT
Keunikan yang ada pada pendatang baru, Dian Hashim atau nama penuhnya Nordiana Shalieza Che Hashim telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Datuk Norman Abdul Halim untuk menyunting gadis itu dan menawarkan kontrak kepadanya sebagai artis rakaman.
Pernah meraih 900,000 tontonan di YouTube untuk persembahnnya ketika menggunakan nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, gadis berudia 21 tahun ini tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi.
"Single Aku Wanita dapat menonjolkan kelainan dan keunikan suara Dian. Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buatnya, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu catchy dan trendy yang lebih bersesuaian dengan peribadi Dian.
"Mempunyai vocal range yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi-penyanyi yang sudah berjaya," kata Norman.
Aku Wanita hasil nukilan sepenuhnya oleh Rayyan Rayhan dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak catchy yang bersesuaian dengan perwatakan anak gadis ini.
Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan perjuangan dalam percintaan dan tidak mudaterpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki.
Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.
Selain itu, lagu ini turut boleh didengari melalui platform penstriman Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music dan TikTok bermula 24 Ogos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Memang Saya Rasa Terlambat Tapi..." - Fai Ramli Akui Lewat Mulakan Kerjaya Sebagai Penyanyi

gempak
05/04/2021
13:41 MYT
Penyanyi baru naungan KRU Music, Fai Ramli, 28, akui sedikit terlewat memasuki industri hiburan tanah air.
Laman Utama

Jadi Artis Baru, Dian Hashim Akui Sukar Cari Identiti

gempak
05/04/2021
07:20 MYT
Artis baru KRU Music, Dian Hashim akui masih mencari identiti dalam gayanya sebagai penyanyi yang memakai hijab.
Laman Utama

'Abe Kelate' Asal Turki Handal Rap Bahasa Melayu - "Saya Belajar Dahulu & Hafal Lirik ..."

gempak
26/03/2021
03:45 MYT
Artis baru di bawah naungan KRU Music, DJ Fateh yang berasal dari Turki sangat berminat dalam bidang rap.
Laman Utama

Artis Baru KRU Music, Dian Hashim Tunai Hasrat Ibu Bapa

gempak
25/03/2021
01:20 MYT
Penyanyi baru di bawah naungan KRU Music, Dian Hashim akui dorongan ibu bapa merupakan salah satu faktor dia memasuki industri hiburan.
Laman Utama

"Muzik Kami Lebih Mudah Dicari..." - Norman Perjelas Kepentingan Kerjasama KRU Music Dengan Warner Music

gempak
23/03/2021
12:05 MYT
Label independen terkenal, KRU Music telah menandatangani perjanjian strategik bersama Warner Music dan anak syarikatnya yang menyediakan perkhidmatan label dan artis bebas, ADA, bagi pemasaran dan pengedaran muzik artisnya di serata dunia khususnya di Asia Tenggara.