,
Hiburan

Tersungkur Ketika Buat Persembahan, Yuju G-Friend Tahan Sakit

Ahmad Shah
17/10/2016
04:04 MYT
Anggota kumpulan K-Pop G-Friend, Yuju terpaksa menahan sakit apabila tersungkur di atas pentas beberapa kali ketika membuat persembahan.
Insiden itu berlaku ketika kumpulan itu mempersembahkan lagu berjudul Me Gusta Tu untuk sebuah acara pertandingan sukan di Korea baru-baru ini.
Difahamkan kejadian berlaku kerana pentas menjadi licin gara-gara hujan dan ia menyebabkan mereka sukar untuk menari
Menerusi perkongsian rakaman video seorang peminat di Youtube, jelas kelihatan beberapa pekerja pentas sedang sibuk mengelap lantai yang basah untuk mengelakkan berlaku sebarang kemalangan kepada G-Friend sebelum persembahan bermula.
Melihat kepada keadaan pentas tersebut, G-Friend kemudiannya cuba menari dengan berhati-hati namun nasib tidak menyebelahi Yuju apabila dia tersungkur beberapa kali dan terpaksa menahan sakit setelah lutut dan mukanya terkena pada pemukaan pentas selain bunyi hentakan juga jelas kendengaran.
Bagaimanapun, Yuju tetap bersikap profesional dengan meneruskan kembali persembahannya bersama empat anggota lain iaitu Eunha, SinB, Sowon dan Yerin.
Walaupun wajahnya tidak seceria sebelum ini, dia tetap memberikan senyuman kepada para peminat yang hadir seolah-olah memberitahu mereka supaya tidak risau dengan keadaannya.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi anggota kumpulan G-Friend, Eunji dinasihatkan untuk berehat kerana mengalami kecederaan pada bahagian kakinya.
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Artis Korea

Oh! Lee Min Ho Rupanya Takut Sangat Dengan Timun – “Saya Sebolehnya Akan Elakkan Dari Jumpa”

gempak
09/09/2021
15:17 MYT
Fakta Lee Min Ho ni betul tau, Min Ho sendiri yang cakap.
Hiburan

Takut Habis, Peminat Seventeen Sanggup Beratur Dua Hari Awal Sebelum Tiket Dijual

gempak
01/11/2019
10:48 MYT
Hiburan

Tak Suka Anak Makan Di Luar, Ibu Mahu Heechul Super Junior Kahwin Sebelum Usia 40 Tahun

gempak
26/08/2019
15:15 MYT
Hiburan

SinB Pengsan Ketika Menyanyi, Peminat Dakwa G-Friend Dipaksa Kerja Tanpa Rehat

gempak
04/11/2016
06:50 MYT
Hiburan

Berat Badan Naik, Kibum Digelar Hamster Debab

gempak
03/11/2016
12:05 MYT