,
Nusantara

Tersingkir Minggu Keempat AsNTM6, Ini Bingkisan Terakhir Rubini

Amri Hassan
13/09/2018
09:04 MYT
Peserta tunggal Malaysia dalam Asia's Next Top Model 6 (AsNTM6), Rubini Sambanthan gagal meneruskan perjuangan ke peringat seterusnya apabila tersingkir pada episod keempat malam tadi.
Bagaimanapun, Rubini, 27, akui telah melakukan sehabis baik mewakili Malaysia untuk ke pertandingan itu.
"Hari ini merupakan hari penyingkiran saya, sejujurnya saya memberikan sepenuh hari dan jiwa saya sepanjang pertandingan ini dan berbangga dapat menjadi diri saya sendiri.
"Bersikap profesional sepanjang sesi penggambaran sangat sukar bagi saya, tak kira saya penat, sakit, tertekan, saya tidak berputus asa.

EP.3 3. RUBINI #AsNTM6

A post shared by Asia’s Next Top Model Cycle 6 (@asntm6) on

"Buat semua rakan-rakan di Malaysia, saya telah membuat sehabis baik, saya menjaga maruah dan kebanggaan negara saya sehingga peringkat ini," tulisnya di Instagram.
Menyertai AsNTM6 selepas kematian abang sulungnya, Rubini akui penyertaannya dalam pertandingan itu amat sukar.
"Apabila saya dijemput menyertai AsNTM6, hidup saya kucar-kacir dan baru kehilangan abang sulung saya akibat depresi.
"Saya tak yakin, patutkah saya menyertai pertandingan ini, tetapi saya sentiasa mahu memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana.
"Saya mahu semua wanita mampu melakukan apa jua yang diinginkan.
"Saya meninggalkan ibu bapa saya ketika masih berkabung untuk AsNTM6 demi memberikan inspirasi kepada semua bahawa jangan sesekali membunuh impian kalau rasakan sukar," tambahnya.

It’s my Elimination today, I have sincerely given my heart and soul through out my time there and honestly I proud that I stayed true to my self. Being professional during the photo shoot was crucial to me, no matter how tired, how sick or stressed I was I dint give up. When I was asked to be part of this cycle, I was at the lowest point of my life, losing my brother due to depression took my soul away. I am not sure being apart of the competition was the right decision I made, but I had always wanted to share my story to all the girls out there, I wanna let them know that girls like us can do it too. My late bro had always wanted me to be in this show and knowing he won’t be able to watch it with me breaks my heart. I left my parents during the painful days to be in this competition to inspire YOU out there to never end your dreams just because you think its hard to achieve. To My Malaysian Friends, I have given my best and I have kept my self with Pride and Dignity and that’s what I want we Malaysians to be looked as. To my LOUD GIRLS ROOM, THANK YOU For giving me the shoulder to lean on and lifting me up whenever I fall to my dark hole @pimbubear @jesslyn_limm @dsloz @jachmanere Thank you @asntm @cindysirinya @yutsai88 And baby girl @yihansi you know I love you.

A post shared by ʀᴜʙɪɴɪ sᴀᴍʙᴀɴᴛʜᴀɴ ?? (@rubinirubi) on

Teruskan ikuti perjuangan lapan peserta lain dalam AsNTM6 yang bersiaran di saluran Astro 711 dan 722 (Fox Life dan Fox Life HD) serta saluran unifi TV 455 setiap Rabu pukul 9 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Viral

"Boleh Jadi Model Kalau Bersara Main Badminton" - Tampil Catwalk Macam Model, Netizen Puji Gaya Lee Zii Jia

gempak
17/08/2024
13:25 MYT
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya memukau penonton dalam acara pertunjukan fesyen yang berlangsung di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
Terkini

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

gempak
05/08/2024
11:55 MYT
Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.