gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq - ”Dia Seorang Lelaki…”
HIBURAN
Datin Shahida Bagi ‘Hint’ Untuk Bakal Menantu - “Kalau Nak Jadi Isteri Dia, Awak Kena Pandai Masak..."
HIBURAN
Pelakon ‘Fantastic Four’, Julian McMahon Meninggal Dunia Akibat Kanser
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Tersingkir di Minggu Ke-4 GV5, Shafie Rio Menangis Kerana....

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
21/10/2018
19:31 MYT
Sponsor Banner
Tersingkir di Minggu Ke-4 GV5, Shafie Rio Menangis Kerana....
Penyanyi Shafie Rio akui tidak menjangka perjalanannya di Gegar Vaganza musim kelima (GV5) berakhir di minggu ke empat.
Kata Shafie, dia reda dengan keputusan itu.
“Terus-terang, saya sendiri tak menjangka yang saya akan tersingkir minggu ini tapi selepas melakukan persembahan, memang ada terdetik adakah saya akan terkeluar.
“Tapi tak mengapalah, mungkin rezeki saya selepas ini di luar.
“Saya juga akui persembahan minggu ini agak mencabar, lebih-lebih lagi hendak mencari keserasian dengan pasangan duet dalam masa yang singkat.
“Saya dan Azharina baru sahaja berjumpa Jumaat lalu untuk berlatih... bagaimanapun, dia seorang yang profesional dan banyak juga beri tunjuk ajar,” katanya kepada Gempak.
Mendendangkan lagu Ada Apa Dengan Cinta bersama Azharin, Shafie menjadi bintang ketiga tersingkir dengan markah tercorot sebanyak 46.7 peratus.
Mengalirkan air mata saat diumumkan sebagai peserta tersingkir malam tadi, Shafie akui dirinya agak sedih.
“Saya menangis dan bersedih kerana perlu meninggalkan rakan-rakan di GV5 yang saya dah anggap seperti adik beradik, bukan kerana saya tersingkir.
“Saya sering bergurau dengan mereka, jadi mungkin mereka juga akan merindui saya,” katanya lagi.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Gegar Vaganza
#Penyanyi
#GV5
#Shafie Rio
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement