,
Laman Utama

Terserempak Bekas Kekasih Ketika Open House, Ini 5 Reaksi Yang Selalu Korang Buat!

Amri Hassan
30/04/2023
05:55 MYT
Rumah terbuka ketika sambutan Aidilfitri tak dapat dipisahkan, ironi untuk bertemu semula, mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim yang sudah sekian lama terpisah.
Namun, apa yang menjadi momen lucu atau merisaukan sesetengah pihak adalah 'pertemuan' semula dengan bekas kekasih lama.
Gempak berkongsi lima cadangan utama netizen tentang tindakan yang patut anda lakukan apabila terserempak dengan bekas kekasih di rumah terbuka!
1. Buat-buat tak nampak
Ini cadangan paling popular dalam kalangan warganet. Mungkin malas untuk fikirkan tentang sejarah silam yang pedih, atau sebenarnya sudah totally move on!
"Kau ingat aku sempat nak tilik seorang demi seorang yang datang rumah terbuka tu? Paling tidak pun mesti dia datang tegur, itu pun mungkin akan ambil masa nak cam," komen Eyda Sukiman.
2. "Aku nak kau balik!"
Ada double meaning sebenarnya. Sama ada suruh bekas kekasih pulang dari rumah terbuka atau buat 'u-turn'!
"Cakap kat dia aku nak kau balik... Suruh dia fikir sama ada berkawan balik atau dia boleh pergi balik," komen Mohd Nasuha Osman.
3. Berbual macam biasa
Tenang-tenang saja, buat seperti tiada apa yang berlaku dan teruskan berbual seperti biasa. Tanya khabar maybe?
Siap ada yang cadangkan suruh ajak makan sekali! Memang betul-betul dan move on ni.
"Tegur macam biasa anggap dia macam kawan, tapi jangan cerita masa lalu bercerita la tentang masa depan," cadang Marnisa Nisa optimis.
4. Pamer bahagia
Ada juga yang cadangkan agar masing-masing berlumba tayangkan kebahagiaan. Inilah padahnya tinggalkan aku, begitu!
"Tegur, kenalkan isteri kita kepadanya," cadang Raiz Chentaku.
"Lumba-lumba tunjukkan siapa paling bahagia," tambah Farra Hananiee.
5. Revenge?
Kejamnya, tapi anggap ia antara cadangan yang melucukan. Mungkin ada perkara yang terbuku di hati atau tak sempat terlerai sebelum berpisah?
"Bawak air segelas lalu tepi dia pastu buat-buat tertumpah biar basah baju dia ke muka dia ke. Pastu mintak maaf la. Kan hari raya," komen seorang pengguna berseloroh.
Biar apapun cadangan atau komen daripada warganet, anggaplah ia sekadar sebahagian daripada perkongsian santai sekadar hiburan.
Aidilfitri hari untuk kita saling bermaafan dan memaafkan. Jangan simpan dendam di hati, lupakan segala sengketa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Foto kredit: Everbest
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar