HIBURAN
Pempengaruh Berang, Dakwa Pekerja ‘Homestay’ Rakam Video Tengah Mandi - “Banyak Video Lucah Dalam…”
Usahawan dan Pempengaruh, Lyanaz Hassan berkongsi detik cemas apabila mendakwa dirinya diintai oleh salah seorang pekerja di Homestay ketika sedang mandi di bilik air, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Lyanaz menjerit sebaik menyedari kelibat individu berkenaan yang bukan sahaja mengintai, malah merakam dirinya.
"Aku tengah mandi dalam toilet staff homestay mengintai record video aku selama 5 minit. Handphone dah rampas banyak gila video lucah dalam telefon budak itu.
"Bila aku jerit budak-budak lelaki staff aku ready kat depan Nampak dia kelam kabut keluar dari semak samun lari," tulisnya.
Tanpa berfikir panjang, Lyanaz membuat laporan polis meskipun ibu bapa pelaku merayu agar perkara itu tidak diperbesarkan.
Namun, dia tetap bertegas meneruskan laporan tersebut demi menjaga maruah dan sebagai pengajaran kepada pelaku.
"Kena ajar orang macam ni akan buat maruah orang banyak mana lagi.
"Kalau guest yang datang sini berapa ramai lagi dia akan record.
"Aku faham staff memang kita susah nak kawal lagi lagi bila ambil substances. Tapi kalau aku diam adakah boleh menjamin video yang dia rekod tidak hantar ke mana-mana," tambahnya.
Lebih mengejutkan, penduduk kampung memaklumkan pelaku dipercayai turut terjebak dengan dadah jenis pil kuda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan pengalaman yang dilaluinya.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama seperti Lyanaz.
"Aku pernah kena record masa mandi kat rumah sendiri, Nampak sua tangan dengan handphone. Menjerit menggigil aku.
"Saya pulak pernah kena record di R&R gua musang. Terasa macam ada orang. Bila angkat kepala tengok atas Nampak jelas muka orang tu. Menjerit habis kuat saya. Dia kelam kabut lari. Punya trauma dengan R&R.
"Saya pernah kena dengan orang yang sama mak ayah saya bela dia sebab dia takde tempat tinggal dia tinggal dekat rumah saya lepastu satu hari tu dia masuk bilik saya dia pergi cium saya lepastu bila saya sedar dia cepat-cepat keluar.
"Kawan saya pun pernah kena rakam dari tingkap tapi masa tu kitaorang tinggal apartment, orang tu masuk melalui laluan pintu sampah yang ada depan pintu rumah dan connect laluan tu ke dapur.
"Masa dia mandi tu pulak tingkap toilet tak tutup dia nampak la tangan dan phone merah menghala ke dia. Walaupun bukan saya yang kena sampai sekarang kalau mandi atau ke toilet saya akan tengok atas atau tingkap sebab ikut trauma sama walaupun benda dah 10 tahun lebih terjadi," komen netizen.
Must-Watch Video