,
Berita

Terpilih Ke Universiti Standford, Walaupun Hanya Menulis #BlackLivesMatter Dalam Borang Permohonan

Syafiqah Jalal
06/04/2017
08:30 MYT
Seorang pelajar berbangsa Bangladesh-Amerika terkejut apabila diterima masuk ke Universiti Stanford, Amerika Syarikat.
Menerusi borang permohonan kemasukan ke universiti tersebut, Ziad Ahmed, 18, hanya menulis #BlackLivesMatter sebanyak 100 kali.
Ziad yang juga seorang aktivis belia telah ditanya soalan “Apa yang penting buat anda dan mengapa?” dalam bahagian esei borang permohonan tersebut.
Sabtu lalu, satu surat tawaran telah diterima dan dia amat tidak menyangka bahawa pihak universiti memilih dirinya disebabkan jawapan yang ditulis itu.
“Saya tidak sangka diterima masuk ke Stanford dan apa yang saya lakukan dianggap sebagai aset dan bukan liabiliti,” kata Ziad kepada portal Mic.com. Menerusi perkongsian Ziad di laman Twitter, berita tawaran kemasukannya ke universiti berprestij itu telah mendapat perhatian ramai.
Dia telah menerima banyak soalan selain ada yang meminta tips untuk berjaya!
Menurut jurucakap Stanford, institut pengajian itu hanya menerima jumlah pelajar yang sedikit pada 2016 kerana mereka membuat penelitian yang mendalam sebelum menerima seseorang pelajar.
Ziad diberi tempoh sehingga 1 Mei ini bagi membuat keputusan untuk memilih kursus pengajian yang diminatinya.
Sumber : Astro Awani, NBCNews.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

Peniaga Restoran Tidak Bersekolah Dikritik Gara-Gara Komen Ini Di Instagram…

gempak
29/05/2024
18:55 MYT
Tindakan seorang pemuda yang mempertikaikan status pendidikan orang lain berjaya mendapat perhatian netizen.
Berita

Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen

gempak
02/05/2024
16:00 MYT
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Hiburan

“Fasih Berbahasa Inggeris Bukan Sebab Bongkak Tapi Pendidikan” - Puteri Balqis

gempak
08/03/2024
02:44 MYT
Suka dengar Aqish bila cakap Bahasa Inggeris.
Hiburan

"Pendidikan Penting!" - Syamel Berpegang Prinsip Orang Tua-Tua, Boleh Teruskan Minat Tapi Ada Back Up Plan

gempak
29/01/2024
05:50 MYT
Penyanyi Syamel menghormati pandangan segelintir individu berkenaan kepentingan pendidikan dari sekolah harian pada masa kini, seperti yang tular baru-baru ini.