gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
"Kami Bantu Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri" - Pengasas eHati
VIRAL
Netizen Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan, Ceddy Ang Tampil Bersuara - “Trauma Tak Kira Umur Seperti Kebodohan Seseorang”
HIBURAN
Dituduh Ada Unsur 'Setan' & Simbol Dajal, Hindia Dilarang Buat Persembahan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terpalit Kontroversi, Shila Amzah Masih Terbuka Kerjasama Dengan Amy Search - “Saya Seorang Yang Profesional…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
15/07/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Terpalit Kontroversi, Shila Amzah Masih Terbuka Kerjasama Dengan Amy Search - “Saya Seorang Yang Profesional…”

Penyanyi, Shila Amzah akui tidak kisah jika disatukan lagi bersama penyanyi rock legenda, Amy Search di atas satu pentas yang sama.

Shila memaklumkan dirinya akan bersikap profesional dalam menjalankan tugas yang diberikan kepadanya.
"Apa yang boleh dikatakan ialah saya seorang yang profesional dan tetap akan jalankan tugas. Industri kita kecil saja dan kita kena pandai jaga diri.

"Selama 25 tahun saya dalam industri, ini pertama kali perkara sebegini berlaku dalam hidup saya. Sudah tentu ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak selamat," ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Tiada Dirimu itu juga memberitahu dia berkemungkinan akan menyediakan pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Mungkin selepas ini, kami akan minta pihak penganjur untuk pastikan keselamatan lebih terjamin, atau kami sendiri yang akan sediakan pengawal peribadi," katanya ketika ditemui selepas konsert Raise The Star Malaysia di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Shila turut menghormati hak penganjur untuk memilih mana-mana artis yang sesuai untuk menjayakan sesuatu acara.

"Klien ada hak untuk pilih siapa mereka nak undang. Saya tak akan letak syarat seperti 'kalau ada saya, tak boleh ada dia'. Itu bukan cara saya.

"Tapi kalau dia sendiri tak selesa dan nyatakan kepada klien, itu terpulang padanya. Saya tak ada masalah," ujarnya.

Terdahulu, Shila mengesahkan individu yang menyerangnya semasa sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka pada Khamis adalah Amy Search.

Susulan kejadian tersebut, Shila membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati yang masih belum dikenal pasti puncanya.

Topic Berkaitan
#Amy Search
#Shila Amzah
#Kerjasama
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement