,
Laman Utama

Terpaksa Lepaskan 15 Orang Pekerja, Syahmi Sazli Beri RM1,000 Sebagai Duit Perbelanjaan - “Kesian Dekat Mereka, Berhenti Mengejut..”

Azwa Rahman
10/06/2022
04:39 MYT
Susulan penutupan perniagaan air balang yang diusahakannya, pengarah berbakat Syahmi Sazli terpaksa melepaskan pekerja-pekerjanya yang seramai 15 orang.
Menurut Syahmi, dia sangat menghargai semua pekerjanya dan berterima kasih di atas dedikasi yang ditunjukkan sepanjang mereka berniaga.
“Terima kasih pekerja ku, Insya Allah ada rezeki kita bekerjasama lagi,” ujarnya.
Menerusi laman sosial Instagram, Syahmi turut berkongsi sebuah video momen terakhir bersama para pekerjanya.
Malah sebagai saguhati terakhir, pengarah filem Mael Totey itu turut memberi gaji mingguan berjumlah RM1,000 pada setiap pekerjanya.
“Untuk hari ni kita dapat sebanyak RM19,000 jualan. Malangnya kita takda rezeki nak meneruskan jualan air balang kita ni. Selepas dua bulan, setakat ini dulu, selepas beberapa isu dan faktor.
“Kita putuskan untuk berhenti di sini. Tapi kesianlah dekat pekerja ni, berhenti mengejut. Selalunya ada notis.
“Jadi sebabkan kesian dekat korang, biasanya seminggu dapat gaji 2,3 ratus kan. Hari ni 15 orang ni, kita bagi RM1,000 sorang. Sementara kita buka pulak, ada la duit untuk perbelanjaan,” ujar Syahmi.
Di dalam perkongsian berdurasi hampir dua minit itu lagi menunjukkan pekerjanya sangat gembira mendapat duit sagu hati yang diberikan secara tunai.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap Syahmi selaku majikan yang baik dan menghargai kakitangannya.
Ramai juga yang mendoakan agar Syahmi dimurahkan rezeki untuk membuka kembali perniagaan air balangnya yang cukup mendapat sambutan terutamanya pada bulan Ramadan lalu.
Semalam, Syahmi memutuskan untuk menutup perniagaannya berikutan rasa bimbang sekiranya gerainya itu mengganggu ruang parkir selain beberapa faktor lain lagi.
BACA: “Takut Terambil Hak Orang Lain” - Syahmi Sazli Ambil Keputusan Tutup Perniagaan Air Balang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Kalau Diboikot Sebab Bersuara Untuk Kebaikan, Tak Apo Mi Reda…” - Syahmi Sazli

gempak
07/08/2023
06:00 MYT
Syahmi dan Nissa mohon maaf.
Laman Utama

“Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Duit Raya” - Filem Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Kini Raih RM1 Juta

gempak
24/04/2023
04:27 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Jangan Berhenti Buat Cerita Best Macam Ni” - Penonton Puji Syahmi Sazli, Satu Hari Sebelum Raya Banyak Mesej Tersirat

gempak
13/04/2023
14:29 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Syahmi Sazli Muncul Dengan Filem Satu Hari Sebelum Raya, Bakal Undang Air Mata - “Saya Gementar…”

gempak
04/04/2023
06:49 MYT
Cayalah Syahmi!
Gempak Most Wanted

#GMWA2022: Saingan Sengit! Jom Kenali 5 Calon Penuh Digital Content Creator Tergempak... Siapa Bakal Juara?

gempak
17/02/2023
13:50 MYT
Jom undi cepat!