HIBURAN
Terpaksa Lalui Hari Yang Sukar, Shila Amzah Tetap Buat Persembahan - “Tidak Mudah Untuk Berada Di Pentas…”
Penyanyi, Shila Amzah mengakui bukan mudah untuknya untuk tampil membuat persembahan sempena ulanh tahun Ke-20 Mr.DIY selepas insiden diserang penyanyi legenda.
Bagaimanapun, pelantun lagu Memori Tercipta itu tetap meluahkan rasa syukur kerana berjaya mengharungi hari yang sukar itu.
"Tidak mudah untuk berada di atas pentas hari ini.
"Namun saya berjaya laluinya," kata Shila selepas menyanyikan lagu Firework di pentas Konsert Ulang Tahun ke-20 Mr.DIY pada Jumaat.
Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Firework, Memori Tercipta dan sebuah lagu Mandarin iaitu Xiang Ni De Ye.
Sebelum ini, pengurus kepada, Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah memohon maaf kerana penyanyi itu tidak dapat memberikan sebarang kenyataan.
Jelasnya, pihak Shila telah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang.
Pada Khamis, Shila mendakwa dia diserang seorang legenda sebelum membuat ‘sound check’ sehari sebelum konsert berlangsung.
Shila juga dilaporkan sudah membuat laporan atas insiden itu dan kes kini dalam siasatan.
Must-Watch Video