,
Hiburan

Terlalu Suka Berkarya, M Nasir Belum Ada Niat Bersara - “Selagi Dapat Rasa Nikmat Itu, Susah Nak Berhenti”

Mya Amri
22/05/2024
06:50 MYT
Penyanyi lagenda negara, Datuk M Nasir, 67, tidak meletakkan sebarang tarikh luput kepada kerjaya seninya yang sudah berlangsung sejak 45 tahun lalu.

Terlalu menyukai kerjaya seni

Menurut M Nasir atau sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed dia terlalu menyukai kerjaya seninya dan akan terus berkarya selagi mampu.
“Selagi saya rasa saya boleh berkarya dan itu sebahagian satu pekerjaan. Bila bersara, rasa susah nak hidup. Saya risau juga.
“Tapi, saya suka dengan bidang ini, bidang mencipta lagu. Kita buat daripada benda itu tak ada, kemudian ada ‘bentuk’ dan kemudian orang suka. Itu satu nikmat yang orang lain tak dapat.
“Jadi, susah kalau ditanya bila saya nak berhenti atau apa. Selagi saya dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti,” katanya.
M Nasir berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Dato’ M.N45ir Cipta anjuran Icon Entertainment bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Isnin.

Karya sesuai mengikut peredaran zaman

Mengulas lanjut mengenai naskhah hebat ciptaannya, M Nasir mengakui kekok untuk bersaing dengan generasi muda apabila mempertaruhkan lagu-lagunya di pentas pertandingan.
Bagaimanapun M Nasir, berkata, peluang itu membuatkannya sentiasa mencari jalan untuk menyesuaikan diri dengan peredaran zaman.
“Sekarang, kalau saya pergi ke pertandingan atau apa, saya dah jadi orang yang paling tua sekali dalam kalangan peserta. Yang bertanding, budak-budak lagi.
“Tapi, muzik yang saya buat itu, muzik orang muda. Jadi, saya ada sedikit rasa macam mana nak sesuaikan,” ujarnya.
Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dibawakan khas oleh Icon Entertainment.
Tiket mula dijual secara online pada 27 Mei bermula jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my.
Harga tiket bermula dengan RM238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA) dan RM588 (APOKALIPS).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mega! Suara Emas M Nasir Bergema Hiburkan 8,000 Penonton, Bukan Hanya Sekadar Konsert Tapi Jiwa Yang Diberikan

gempak
14/08/2024
05:50 MYT
Mega! Itulah antara ayat ringkas paling sesuai yang dapat disimpulkan di konsert mestro muzik negara M. Nasir yang berlangsung di Axiata Arena pada 10 Ogos lalu.
Sukan

Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"

gempak
13/08/2024
02:30 MYT
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

gempak
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Hiburan

Rakan Artis Sayu Kongsi Kisah Kenangan Bersama Arwah Jay Jay

gempak
05/08/2024
12:20 MYT
Momen sedih buat pengikut industri muzik tanah air selepas dikejutkan dengan berita pemergian pelantun lagu Rindu Bayangan, Jay Jay pada 4 Ogos di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.