,
Hiburan

Terlalu Banyak Hutang, Empayar Chef Jamie Oliver Runtuh

Mya Amri
24/05/2019
08:30 MYT
Rangkaian restoran Itali milik chef selebriti British, Jamie Oliver kini diletakkan di bawah perlindungan pemiutang lapor Awani.
Disebabkan perkara itu juga kira-kira 1,300 pekerja di rangkaian restoran itu bakal kehilangan kerja.
Menurut laporan BBC, 22 daripada 25 rangkaian restoran itu sudah ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver's Diner dan restoran stik Barbecoa di London.
Dua restoran Itali dan Jamie's Oliver Diner di Lapangan Terbang Gatwick akan meneruskan operasi untuk jangka masa pendek.
Bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan francais tidak terjejas.
Masalah terbabit dikhuatiri akan menutup perniagaan restoran yang diusahakan Oliver, 43, sejak 2006.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja dan pembekal atas kesungguhan mereka dalam perniagaan ini sejak sedekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Tahun lalu, rangkaian terbabit diselamatkan dari bankrap selepas Oliver pada saat akhir menyalurkan 13 juta pound (RM69.31 juta).
Oliver, 43, merupakan individu terkenal di United Kingdom selepas program masakan, The Naked Chef menjadi siri masakan popular.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cef Jamie Oliver Masak Ikan Bakar Versi Malaysia, Netizen Approved! - “Patut Letak Belacan Untuk Extra Kick!”

gempak
22/01/2021
05:35 MYT
Bersungguh dia masak, sedapnya nampak!
Berita

"Kita Bersabung Nyawa, Tergadai Maruah, Hilang Punca Rezeki, Namun ....." - Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Hidup Dengan Isteri

gempak
07/11/2018
02:12 MYT
Berita

“Azeren Dah Bersalin, Saya Tetap Mengandung!”- Fazley Yaakob Kongsi Pengalaman Lucu Ketika Berat Naik Sebanyak 35kg

gempak
26/10/2018
05:43 MYT
Berita

"Simpati Masih Tetap Wujud Walau Apa Pun Berlaku, Sebagai Anak & Menantu Kami Tetap Mendoakan" - Fazley Yaakob

gempak
04/10/2018
05:12 MYT
Berita

Fazley Yaakob Kena Tolak Kereta Di Thailand

gempak
05/07/2018
04:28 MYT