,
Laman Utama

Terkejut Ular Sawa 10 Kg Dalam Mangkuk Tandas, Cuaca Panas Penyebab Cari Tempat Sejuk & Lembab

Gempak
16/05/2023
07:30 MYT
Seorang lelaki dikejutkan dengan kemunculan seekor ular sawa seberat 10 kilogram (kg) di dalam mangkuk tandas rumahnya di Kampung Wakaf, Kelantan.
Kehadiran reptilia sepanjang dua meter itu disedari oleh pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.05 petang.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan.
"Setiba di lokasi, kami dapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Menurut beliau, reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh anggotanya menggunakan penjerut, pengepit dan pengait.
Dalam perkembangan lain, ujarnya, setakat Januari hingga Ahad, sebanyak 60 ekor ular sawa telah berjaya ditangkap.
Nik Mohd Nor memberitahu, cuaca panas menyebabkan haiwan tersebut keluar dari tempat biasa untuk mencari kawasan yang lembap dan sejuk. SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Viral

Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular

gempak
22/08/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki di Thailand berhadapan dengan detik cemas apabila dia digigit seekor ular semasa sedang membuang hajat.
Viral

Misteri 'Kereta Hamil' Di China Terungkai, Rupa-Rupanya Cuaca Terlalu Panas

gempak
12/08/2024
13:55 MYT
Video tular bonet kereta di China yang 'membuncit' seakan wanita mengandung menjadi perhatian penduduk di negara itu.
Berita

Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

gempak
08/08/2024
07:48 MYT
Gempar apabila kira-kira 29 ekor ular sawa termasuk induknya keluar dari saluran sebuah longkang, berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 20, Shah Alam, malam Rabu.