gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bayi 3 Bulan Dir*gol, Video Dirakam Dan Dijual
HIBURAN
Didakwa Herdik Adzrin Adzhar, Ogy Ahmad Daud Balas - “Selagi Dia Tak Sebut Nama Saya, Dia Dalam Zon Selamat”
HIBURAN
Abby Abadi Nekad Lawan Syarikat Tekstil Didakwa Menipu, Tak Gentar Selepas Terima Surat Saman - “Nak Turun Naik Mahkamah Sangat Kan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terkejut Dengan Tindakan Penyanyi Legend Serang Isteri, Ubai Sedia Bersemuka - “Kita Perlu Ada Rasa…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
16/07/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Terkejut Dengan Tindakan Penyanyi Legend Serang Isteri, Ubai Sedia Bersemuka - “Kita Perlu Ada Rasa…”

Suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai akui kecewa terhadap tindakan penyanyi, Datuk Amy Search yang didakwa telah menyerang isterinya ketika sesi ‘sound check’ di konsert ulang tahun ke-20 Mr.DIY baru-baru ini.

Menurut Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tindakan menyerang isterinya dihadapan orang ramai itu adalah satu perbuatan yang tidak professional.

“Saya terkejut sebab seseorang yang kita hormati dan dikenali ramai buat perkara itu terhadap isteri, saya anggap perbuatan itu sangat-sangat tidak professional sebab dihadapan orang ramai dan pada waktu bekerja.

“Sebagai seorang yang profesional dan boleh berfikir secara waras, boleh tarik ke tepi serta berbincang. Kita perlu ada rasa hormat dan adab terhadap sesama manusia, bukan sahaja muda kepada yang tua malah yang tua juga perlu menghormati yang muda. Saya kecewa dengan perkara ini sebenarnya,” kata Ubai kepada Gempak.

Mengulas lanjut, Ubai juga turut menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua muka dengan penyanyi itu sekiranya perjumpaan itu dapat menyelesaikan masalah diantara dua pihak.

“Saya tiada masalah untuk berjumpa dengan pihak sana (Amy Search) jika perjumpaan tersebut akan dapat menyelesaikan perkara yang berlaku di antara mereka,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ubai juga tidak menolak untuk memasang pengawal peribadi untuk isterinya sekiranya perlu.
Bagaimanapun, menurut Ubai perkara tersebut akan dipertimbangkan mengikut keadaan.
Terdahulu, Shila mengesahkan individu yang menyerangnya semasa sesi latihan Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka pada Khamis adalah Amy Search.

Susulan kejadian tersebut, Shila membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati yang masih belum dikenal pasti puncanya.

Topic Berkaitan
#Amy Search
#Shila Amzah
#Ubai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement