,
Hiburan

Terkandas di Filipina Akibat Letusan Gunung Berapi... Ruhainies Habiskan Puluhan Ribu, Masih Belum Dapat Pulang ke Malaysia

Kamaruddin Razal
13/01/2020
13:31 MYT
Pelakon cantik, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 27, yang kini berada di Filipina memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.
Ruhainies bersama ibu bapanya, Che Bunga Salleh dan Zainul Ilyas Zainul Abidin berada di negara terbabit selepas penerbangan mereka yang dijadualkan ke Kuala Lumpur semalam dibatalkan akibat letusan gunung berapi Taal.
"Bukan sahaja ke Kuala Lumpur, semua penerbangan dari Ninoy Aquino International Airport, Manila ke pelbagai destinasi terpaksa dibatalkan kerana letusan gunung berapi yang terjadi.
"Lebih 5,000 penumpang terkandas dan saya mencari alternatif lain untuk keluar dari Manila. Saya bersama ibu bapa mengembara hampir tiga jam ke Clark International Airport yang terletak Pampanga.
"Saya menghabiskan RM15,000 untuk membeli tiket untuk ke Kuala Lumpur tetapi akan ada beberapa persinggahan. Dari Pampanga, penerbangan akan berlepas ke Cebu, seterusnya transit di Korea Selatan dan barulah pulang ke Malaysia.
"Kini, saya 'tersekat' di Cebu dan setelah empat jam menanti, saya dan ibu bapa dimaklumkan yang tiket penerbangan ke Korea Selatan dan seterusnya ke Malaysia dibatalkan.
"Situasi yang kami alami sangat mencemaskan dan saya sendiri mengeluarkan lagi hampir RM6,000 untuk membeli tiket lain.
"Insya-Allah, esok kami akan dijadualkan terbang dari Cebu dan transit di Taiwan sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.
"Doakan penerbangan kami ini mengikut jadual kerana sejujurnya, saya dan ibu bapa sudah penat kerana sudah dua hari kekurangan rehat kerana menghabiskan masa menanti di lapangan terbang.
"Sejujurnya, saya sangat risau. Saya memohon doa daripada semua pihak agar urusan untuk kembali Kuala Lumpur dipermudahkan," kata Ruhainies ketika dihubungi Gempak.
Terbang ke Manila sejak 10 Januari lalu bagi menghadiri acara Anugerah Televisyen Asia ke-24, Ruhainies lebih risaukan keadaan ibu bapanya.
"Zizan Razak juga turut ke Manila untuk menghadiri acara terbabit tetapi dia pulang sejurus tamatnya acara.
"Jika saya berseorangan, saya takkan risau. Tetapi, saya membawa ibu bapa bersama, jadi sebagai anak, sudah tentunya saya harus menjaga mereka dan insiden ini sangat merisaukan saya.
"Perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur menjadi sangat panjang. Saya berharap agar keadaan kembali reda seperti biasa dan urusan untuk pulang dipercepatkan.
"Selain itu, saya juga mempunyai komitmen kerja lain di Malaysia. Jika saya tidak memikirkan mengenai tugasan, sudah tentu saya tidak membeli tiket paling awal untuk pulang lebih cepat ke Malaysia dan saya hanya menanti di Manila sehingga lapangan terbang dibuka.
"Alhamdulillah, pelakon dan produksi karya yang saya jayakan sangat memahami tetapi saya sendiri rasa tak sedap hati kerana tak mahu orang menanti. Saya minta maaf sangat-sangat jika perkara ini mendatangkan kesulitan untuk mereka," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Giliran Aliff Aziz Pula Ajak ‘Followers’ Selawat 1,000 Kali Sehari - “Jangan Rasa Perlu Tunggu Jadi Orang Baik Untuk…”

gempak
23/11/2024
00:55 MYT
Selepas pelakon Ruhainies, kali ini giliran penyanyi Aliff Aziz pula mengajak pengikutnya di laman sosial untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar