,
Hiburan

Terjatuh Masa Tengah Menyanyi, Zarol Zarif Sempat Cover Malu!

Fiza Kamarudin
18/09/2019
02:54 MYT
Dua hari lalu, penyanyi Zarol Zarif telah memuat naik sebuah video terjatuh ketika sedang membuat persembahan di sebuah mini showcase amal.
Video tersebut terakam secara tidak sengaja oleh salah seorang rakan seangkatan Zarol di Akademi Fantasia 2016, Jasper, yang turut sama menyanyi ketika berada di belakang pentas.
Ketika insiden berlaku, Zarol sedang mendengkan lagu berjudul Cinta Biasa nyanyian Andesh Kamaleng sebelum tersalah langkah ketika mahu turun daripada pentas.
Bagaimanapun, Zarol mendapat tepukan gemuruh penonton kerana tidak menghiraukan kesakitan akibat terjatuh, sebaliknya sambung menyanyi seperti biasa.
Menurut Zarol yang berkongsi insiden tersebut di laman sosial Instagram (IG), ini merupakan kejadian pertama berlaku sejak dia bergelar penyanyi.
“Sepanjang berpuluh tahun menyanyi di pentas, ini pengalaman pertama jadi macam ni. Masa dah jatuh tu perasaan bercampur baur.
“Malu, sakit dan tak tahu apa patut buat. Tapi bila fikir ada yang dah beli tiket untuk tengok saya menyanyi, saya teruskan juga.
“Dalam situasi macam tu, penonton bagi tepukan tanda ‘support’, saya rasa sebak. And also, terima kasih Jasper kerana datang selamatkan keadaan ketika saya sedang menahan malu, untuk alihkan perhatian orang,” kongsinya.
Tambah Zarol, insiden tersebut menyebabkan sikunya bengkak.
“Hasil daripada jatuh itu, siku saya bengkak kerana masa jatuh tu saya tahan guna siku. Terima kasih mama sebab tolong urutkan tangan,” katanya.
Dalam pada itu, Zarol sempat memohon maaf kepada penganjur mini showcase tersebut sekiranya kejadian itu mencacatkan acara.

Sepanjang berpuluh tahun Zarol menyanyi di pentas, ni pengalaman pertama Zarol jadi macam ni.. Masa dah jatuh tu perasaan bercampur baur.. Malu+Sakit+Tak tau apa patut zarol buat. Tapi bila pikir ada yang dah beli tiket untuk tengok Zarol Perform, Zarol teruskan jugak nyanyi.. Masa Zarol dalam situasi macam tu, penonton bagi tepukan tanda support, Zarol rasa sebak..?And also Thank you @jaspersupayah sebab datang dalam keadaan zarol tengah menahan malu untuk alihkan pandangan orang.. So sweet of you!? Hasil daripada jatuh ni, Siku Zarol bengkak sebab masa jatuh tu tahan guna siku?.. Thank you mama sebab tolong urutkan tangan ?. Last but not least sorry kepada organiser event mini showcase semalam if insiden ini mencacatkan majlis..??

A post shared by Zarol AF2016 (@zarolzarif) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

gempak
08/11/2024
23:46 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

"Selagi Tak Tidur Setilam, Tak Duduk Sebumbung, Selagi Itulah Tak Kenal Kita" - Che Ta Pot Pet Dedah Ramai Rakan Artis Menjauh

gempak
06/11/2024
10:08 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Pulau Pinang, Che Ta Pot Pet mendedahkan ramai rakan selebriti mula menjauhkan diri darinya selepas perniagaan kosmetik yang diusahakan sejak bertahun-tahun lalu ditimpa ujian.
Hiburan

“Sebuah Lagu Itu Jadi Lebih ‘Sampai’ Jika Janda Yang Menyanyikannya” – Mafarikha Perli Siapa?

gempak
06/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Mafarikha mencuri tumpuan apabila membuat hantaran di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Fazura Akui Mahu Jadi Penyanyi Sejak Kecil - “Umur 11,12 Tahun Saya Dah Boleh Tulis Lirik…”

gempak
06/11/2024
02:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Fazura akui dia telah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil lagi.
Unitar