,
Laman Utama

Terima Sambutan Mengagumkan, Peminat Request Projek: Anchor SPM Season 2? Ini Respon Pengarahnya!

Hanafis Haris
04/05/2021
14:45 MYT

Siapa sangka Projek: Anchor SPM telah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat drama tahah air.

Setiap minggu saja, drama bersiri premium terbitan Astro Originals ini trending di platform media sosial, Twitter.

Malangnya, episod akhir telah melabuhkan tirai semalam dan peminat dilihat seakan tidak puas untuk menonton kerenah pelajar Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA).

Rata-ratanya meluahkan hasrat mereka untuk melihat kehadiran siri kedua drama berkenaan.

Susulan itu, Gempak cuba mendapatkan respon pengarahnya, Razaisyam Rashid dan ini jawapan daripada empunya diri.

Menurut Razaisyam, dia secara jujurnya meletakkan sepenuhnya pada rezeki.

“Kalau ada rezeki, Astro bagi ruang, Tuhan pun kasi green light, kita pun jalan la,” katanya ringkas.

Apapun, jawapan berkenaan sedikit sebanyak memberi harapan buat peminat mengenai kehadiran siri kedua Projek: Anchor SPM!

Semoga dengan sambutan menggalakkan ini menjadi pemangkin buat pengarah dan pasukan produksi untuk merealisasikan impian penonton.

Apapun, buat mereka yang terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.