gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’
HOLLYWOOD
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
BERITA
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Terima Sambutan Luar Biasa, Alpha Janji Lebih Banyak Lagu Akan Menyusul - “Takkan Kita Diam Dek…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Terima Sambutan Luar Biasa, Alpha Janji Lebih Banyak Lagu Akan Menyusul - “Takkan Kita Diam Dek…”
Kumpulan Alpha tidak menolak kemungkinan untuk tampil dengan lagu baharu susulan kejayaan muzik video debut mereka, Monalisa (Bang Bang) yang meraih lebih 100,000 tontonan hanya dalam tempoh dua hari.
Menurut salah seorang ahlinya, Araff, mereka amat berterima kasih atas sokongan luar biasa yang diberikan peminat yang dikenali sebagai Alphanite.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang dah menonton video kami. Cuma kalau ada yang menantikan single terbaharu daripada kami itu susah nak cakap mungkin kita akan ada projek baharu.
“InsyaAllah mungkin ada mungkin taka ada, kena nantikanlah,” kata Araff kepada Gempak.
Kumpulan Alpha dianggotai oleh Daniel Sher, Ariel Fesol, Rizal Rashid, Ray-D, Sky, Araff dan Izat Ibrahim.
Sementara itu, Ariel turut berkongsi keterujaan terhadap sambutan yang diterima dan membayangkan lebih banyak kandungan bakal menyusul buat peminat setia mereka.
“Ada atau pun tak ada itu semestinya kami akan ada lagu baharu tapi bila kita nak release tu anda semua kena tunggu sebab tak akan kita nak ada satu lagu je.
“Sebab kita tengah semangat sebab penerimaan daripada Alphanite tengok MV kita sampai 100K takkan kita diam dek,” ujar Ariel.
Terdahulu, Alpha berjaya mencapai lebih 50,000 tontonan di platform Youtube kurang daripada 24 jam.
Dan tidak sampai dua hari kumpulan yang dilahirkan menerusi program realiti, Big Stage Alpha itu berjaya meraih tontonan lebih 100,0000.
Jangan lupa stream dan saksikan video muzik rasmi Mona Lisa (Bang Bang) di Youtube dan audio di semua pelantar digital.
Topic Berkaitan
#Lagu baru
#Monalisa
#Alpha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement