gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Qistina Raisah Menangis Bukan Kerana Sahabat Kahwin, Tapi Sebab Soloz - “Dalam YouTube Tak Nampak, Depan-Depan Sado Rupanya”
HIBURAN
Tracie Sinidol Makin Cantik Tukar Gaya Rambut, Netizen Ingat Lisa Blackpink! - “Terus Jadi Lalisa, Lawa Betul”
VIRAL
Pempengaruh M*ut Dikelar Depan Pawagam, Posting Media Sosial Seakan-Akan Beri Bayangan Awal - "Kalau Awak Pukul Saya ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Pempengaruh M*ut Dikelar Depan Pawagam, Posting Media Sosial Seakan-Akan Beri Bayangan Awal - "Kalau Awak Pukul Saya ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
03/08/2025
07:52 MYT
Sponsor Banner
Pempengaruh M*ut Dikelar Depan Pawagam, Posting Media Sosial Seakan-Akan Beri Bayangan Awal - "Kalau Awak Pukul Saya ..."
Seorang pempengaruh media sosial, Irene Gu, ditemui mati dalam keadaan tragik dengan leher dikelar, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya sendiri di hadapan sebuah pawagam di Taipei, Taiwan.
Kejadian berlaku ketika Irene, 23 tahun, sedang meninggalkan kawasan parkir apabila keretanya tiba-tiba dihalang oleh teman lelakinya yang dikenali dengan nama keluarga Liu. Difahamkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum Liu didakwa menyeret Irene ke tangga bangunan dan mengelar lehernya.
Selepas kejadian, Liu dilaporkan melarikan diri ke rumah datuknya sebelum ditahan polis pada keesokan pagi. Ketika soal siasat, dia mengaku membunuh Irene dan mendakwa motifnya adalah untuk mendapatkan semula kira-kira £10,000 (lebih RM60,000) yang kononnya dipinjamkan kepada mangsa semasa mereka masih bersama.
Pasangan itu sebelum ini bekerja di kelab malam yang sama, dengan Irene bertugas sebagai pegawai perhubungan awam manakala Liu pula sebagai pengawal keselamatan. Irene yang memiliki lebih 30,000 pengikut di Instagram, difahamkan telah berhenti kerja sebagai pegawai bank demi menyesuaikan jadual kerjanya dengan Liu.
Menurut laporan, Irene hanya mengenali Liu selepas ibunya memujuknya untuk keluar berhibur satu malam, kononnya untuk ‘melihat dunia’.
Namun hubungan mereka mula bermasalah sejak beberapa bulan lalu. Pada Mei, Irene pernah membuat laporan polis terhadap Liu atas dakwaan serangan dan turut memohon perintah perlindungan. Bagaimanapun, Liu gagal hadir ke mahkamah.
Dalam tempoh beberapa hari sebelum kematiannya, Irene sempat memuat naik beberapa hantaran di media sosial yang membayangkan ketakutannya. Dalam satu hantaran, dia menulis: “Kalau awak pukul saya, saya akan pergi ke polis, kan?”
Dalam satu lagi hantaran, dia menjawab soalan pengikutnya yang bertanya kenapa dia tidak menyekat nombor lelaki tersebut.
“Sebab dia akan cari saya. Dia siap tanya rakan sekerja saya sama ada saya pergi kerja atau tidak. Mengganggu orang lain. Yang paling penting, saya tak berhutang duit dengan dia!”
Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan berhubung kes pembunuhan kejam ini yang mengejutkan komuniti dalam talian dan masyarakat setempat.
Sumber: Metro
Topic Berkaitan
#Viral
#Pawagam
#Maut
#Influencer
#Taiwan
#Kelar
#Irene Gu
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement