,
Laman Utama

“Terima Kasih STIA 8 Minggu Hiburkan Kami” - Penuh Plot Twist, Projek: Anchor SPM Trending No.1! Ramai Mahukan Season 2?

Hanafis Haris
03/05/2021
21:43 MYT

Drama bersiri premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM telah pun melabuhkan tirainya selepas lapan episod bersiaran setiap Isnin, jam 9 malam.

Episod akhir semalam bermula dengan penuh teka teki apabila ramai yang masih tertanya-tanya siapakah nama atau ‘kambing hitam’ yang bakal disebut oleh Aaidaa.

Situasi kemudian bertukar tegang apabila Aizat mengamuk hingga membelasah Hilmi.

Klimaks siri ini kemudian muncul apabila Pengetua Awang membuat sidang media tergempar bagi mengumumkan pelajar yang bertanggungjawab dalam isu meniru itu.

Walaubagaimanapun semua itu berubah apabila berlaku satu plot twist yang tidak disangka!

Secara jujurnya episod semalam dijayakan dengan cukup sempurna hingga membuatkan pelbagai emosi timbul.

Rasa berdebar, geram, puas, sedih, terkejut semuanya diadun dengan cukup baik oleh pengarah. Syabas!

Menerusi ruang komen, rata-ratanya berpuas hati dengan episod akhir dan keseluruhan plot drama ini.

Bukan hanya tanda pagar #ProjekAnchorSPM saja yang trending, malah kebanyakan penonton mahukan drama ini kembali buat season kedua.

“Happy ending Projek: Anchor SPM walaupun semua dapat 10G”

“Tahniah atas penghasilan drama cukup berkualiti”

“Kami mahukan season 2 Projek: Anchor SPM!”

“Terima kasih STIA kerana menghiburkan kami 8 minggu,” tulis beberapa netizen.

Buat mereka yang terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM di platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar