HIBURAN
“Terima Kasih Sentiasa Ada, Awak Terlalu Baik” – Komen Syed Saddiq Untuk Bella Astillah Buat Netizen ‘Berbunga’
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian ramai selepas dilihat hadir memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika acara Powerman Malaysia 2025 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, Sabtu lalu.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dilihat memuat naik beberapa keping foto acara tersebut menerusi Instagram miliknya, termasuk momen dirinya bersama Saddiq di lokasi pertandingan.
Namun, bukan sahaja kehadiran Bella yang mencuri tumpuan, malah komen yang ditinggalkan oleh Saddiq pada hantaran tersebut turut menjadi bualan netizen.
“Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya. Awak terlalu baik. Terhutang budi (banyak sangat dah),” tulis Saddiq di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘berbunga-bunga’ melihat komen yang ditinggalkan Saddiq.
“Kalau terhutang budi, kahwin je lah.
“Nikah lah cepat.
“Semoga urusan YB dan Bella dipermudahkan. Semoga hubungan kalian disatukan hingga jannah.
“Hutang budi wajib dibayar walaupun tak dituntut. Boleh bayar sikit-sikit kalau tak mampu, contohnya dengan akad nikah dulu ke.”
“Kalau dah banyak sangat hutang budi, nikah je YB,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video