,
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

Gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.

Enggan mengulas lanjut

Syamsul bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kes perceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar.

"No komen. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi," kata Syamsul kepada pihak media ketika ditemui di Mahkamah Rendah Kuala Selangor pada Khamis.

Malah ketika ditanya adakah dia ingin menjaga hati dan perasaan seseorang berikutan enggan mengulas, anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala.
Pengarah filem Munafik itu turut berterima kasih kepada mana-mana individu yang banyak memberikan kata-kata semangat.
"Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial. Mereka mendoakan yang baik-baik Terima kasih," katanya.
Ditanya mengenai komen yang pernah dikeluarkan oleh bapanya iaitu sentiasa mendoakan terbaik untuknya, Syamsul mengharapkan orang ramai menghormati urusan keluarganya.

"Alhamdulillah, saya tak kisah tentang yang lain. Itu urusan keluarga yang sepatutnya diselesaikan antara ahli keluarga.

"Macam saya cakap, apa saja isu peribadi, saya pilih untuk tidak kongsi dengan orang ramai termasuk hal apa-apa pun. Kalau ada isu keluarga, kita tak boleh libatkan sesiapa sahaja, betul tak? Sebab semua itu boleh menngeruhkan keadaan.
"Itu sahaja yang mampu saya cakap, kita doakan yang terbaik. Kalau apa saja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita," ujarnya.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Khamis mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

ARTIKEL BERKAITAN:Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri pertama Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.