gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Keluang Man Wonda Fun Run Best! Nas Terharu Lihat Ramai Beri Support - “Ada Yang Pakai Sut Keluang Man & Bawa Topeng…”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Langkah Que Terhenti! Rizal Rashid Juara Minggu Keempat
VIRAL
Isteri Ketua Kampung Sebar Gambar Mesra Suami Dengan Pempengaruh
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Isteri Ketua Kampung Sebar Gambar Mesra Suami Dengan Pempengaruh

gempak
Gempak
18/05/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Ketua Kampung Sebar Gambar Mesra Suami Dengan Pempengaruh

Warganet gempar dengan foto didakwa bukti kecurangan seorang ketua kampung (Kades) yang pada mulanya tersebar di grup WhatsApp yang didedahkan isterinya sendiri.

Gambar mesra IF, 33, yang memimpin sebuah desa di Karanggeneng Lamongan di Jawa Timur, Indonesia dengan seorang wanita dipercayai di sebuah bilik hotel mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Kekasih gelap IF merupakan kakitangannya sendiri dikenali sebagai INH yang memegang jawatan Setiausaha Desa (Sekdes).

Warganet yang menjadi 'penyiasat tidak berbayar' turut membongkar maklumat tentang INH yang dikatakan seorang pempengaruh di YouTube dan sering berkongsi tentang tutorial hijab serta kandungan hiburan khas Lamongan.

Skandal itu turut mendapat perhatian pemimpin kerana didakwa mencemarkan nama baik institusi desa.

IF dikatakan berbohong kepada isterinya, NK kononnya ada urusan penting selama empat hari di Malang.

Rupa-rupanya 'hal' itu adalah untuk bertemu INH di sebuah hotel.

Ketika hubungan itu diketahui isterinya, IF dikatakan bertindak melakukan kekerasan ke atas NK di hadapan anak-anak mereka.

Menerusi laporan dibuat NK kepada Polres Lamongan, suaminya bertindak luar kawalan ketika dia cuba melindungi telefon bimbit anaknya yang menyimpan bukti kecurangan IF.

Susulan kes itu yang semakin panas, Bupati Lamongan, Yuhronur Efendi mengakui sudah melihat foto yang tersebar dan meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga beliau mengadakan pertemuan dengan tokoh masyarakat.

"Mereka pastinya akan dikenakan hukuman sewajarnya jika terbukti melakukan perbuatan tidak senonoh," ujarnya.

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pempengaruh
#Ketua Kampung
#Gambar Mesra
Must-Watch Video