,
Laman Utama

“Terima Kasih Berdoa Untuk Saya, Hasilnya Saya Pulih Daripada Penyakit Yang Amat Teruk…” - Tun M

Fiza Kamarudin
09/02/2022
23:38 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan beliau.
Beliau berkata, berkat doa orang ramai beliau kini sudah pulih daripada penyakit yang amat teruk.
“Saya ucap terima kasih kerana ramai yang berdoa untuk saya pulih dan hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi saya amat teruk,” ciapnya di laman sosial Twitter.
Menerusi perkongsian itu juga Dr Mahathir berkata beliau pernah berasakan dirinya tidak akan pulih daripada penyakit tersebut.
“Adakalanya saya tak berharap nak pulih, tetapi Alhamdulillah, dengan rawatan yang diberi di IJN (Institut Jantung Negara), saya pulih,” katanya. Mengulas lanjut, beliau memberitahu kini sudah boleh berjalan, makan, tidur, duduk dan melakukan perkara yang hampir sama sebelum ini.
“Tapi tidaklah begitu kuat nak buat kerja apa semua. Tapi saya harap saya akan pulih,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Dr Mahathir turut berkongsi foto bersiar bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Tasik Putrajaya pagi ini.
Pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU).
Dr Mahathir juga menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut sepanjang di pusat rawatan berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.