,
Hiburan

Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”

Asyikin Mayudin
23/04/2024
01:55 MYT
Nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menjadi topik hangat sejak semalam gara-gara pendedahan seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dirinya kekasih gelap selebriti itu.

Netizen DM Caprice

Berikutan itu, ramai netizen yang meninggalkan mesej peribadi di Instagram Caprice meminta penyanyi rap tersebut mengulas mengenai berita yang sedang hangat diperkatakan.
Bagaimanapun terdapat netizen yang kurang senang dan meminta Caprice untuk membiarkan saja isu tersebut dan memberi fokus kepada berita yang lebih serius.
“Tak payah la Cap cerita sampah macam ini. Lebih baik fokus kepada isu yang lebih serius,” komen netizen.
Caprice menerusi Instastory berkata dia menerima banyak mesej peribadi di Instagram daripada netizen yang meminta untuk bercakap mengenai isu Aliff Aziz itu.

Enggan Ulas Isu Aliff Aziz

Bagaimanapun menurut Caprice, dia enggan lagi mengulas perkara itu memandangkan isu curang tetap tidak akan berakhir disebabkan banyak lagi bukti yang terdedah.
“Bangun-bangun dah kene spam lebih 200 DMs masuk minta Cap tolong cover. It’s never going to end.
“Makin lama makin banyak bukti-bukti curang kiri / kanan akan keluar. Ramai saja karakter-karakter baru muncul minta Cap cover sejak news ni keluar,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita warganegara Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita itu tampil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.
Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.
Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ’NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.
Pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.
Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.
Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.
Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

BERITA TRENDING: Netizen Mohon Boikot Aliff Aziz - “Tolong Jadi Macam Korea Artis Buat Hal Terus Banned!”

BERITA TRENDING: Ibu Dedah Bella Astillah Tak Tahu Tentang Pendedahan ‘Kekasih Gelap’ Aliff Aziz - “Dia Tengah Shooting”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.