,
Viral

Tergelincir Namun Masih Terus Catwalk, Model Victoria's Secret Ini Dipuji Netizen

Amri Hassan
22/11/2017
14:21 MYT
Seorang peragawati Victoria's Secret menerima pujian ramai apabila tetap bersikap profesional walaupun tergelincir lalu rebah di runway.
Insiden itu berlaku ketika peragawati bernama Ming Xi itu melakukan peragaan dalam satu sesi pertunjukan fesyen Victoria's Secret Show di Shanghai, China, pada Isnin.
Menerusi rakaman, dapat dilihat Ming Xi tergelincir akibat terpijak kain leret dan rebah, namun beliau bingkas bangun dan meneruskan catwalk.
Malah, peragawati itu juga meneruskan tugasnya dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, tanpa sedikit pun menunjukkan riak wajah kesakitan.
Sikap profesional Ming Xi itu dipuji bukan sahaja penonton yang menyaksikan pertunjukan fesyen itu, tetapi juga kalangan netizen.
We love a professional legend. ?? #VSFS2017 pic.twitter.com/VQuOQPjPyj— F A I S A L (@nctfaisal) November 20, 2017
Menerusi laman web Weibo, Ming Xi meminta maaf atas insiden itu dan berterima kasih atas kata-kata sokongan yang diberikan.
"Sudah tujuh tahun saya bergelar peragawati dan ini bukan kali pertama saya rebah di runway.
"Walaupun sakit, saya tahu tugas perlu diteruskan. Terima kasih atas sokongan anda semua," kata Ming Xi.
"I'm sorry for letting everyone down, and thank you for all the concern. For 7 years as a model, I've fallen countless times down this road. But I know that no matter how much a fall hurts, I must always get back up and finish the walk. -cont. pic.twitter.com/e1v6yIPKX0— vivian (@scarlet_whimsy) November 20, 2017 Ming Xi pernah dipilih memperagakan pelbagai jenama fesyen, antaranya Michael Kors, Vera Wang dan Chanel, dan sudah terbabit dengan pertunjukan fesyen Victoria's Secret sejak 2013.
Sumber: Astro Awani, Twitter, Weibo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.