,
Laman Utama

Tergamak Minum Peluntur Bunuh Covid-19, Netizen Minta Pihak Berkuasa Siasat! “Teori Merepek Ramai Pula Percaya, Eh Geramnya!”

Hanafis Haris
03/06/2021
16:47 MYT

Tular di media sosial ketika ini apabila sebuah video memaparkan individu meminum cecair peluntur.

Apa yang membuatkan ramai terkejut, tindakan lelaki itu bertujuan untuk membunuh virus Covid-19.

Menerusi video berdurasi 1.16 saat itu, lelaki tersebut pada awalnya menunjukkan demonstrasi apabila air minuman diletakkan dengan cecair peluntur.

Terdapat satu air berkarbonat dan satu lagi minuman teh tarik.

Menurut individu itu, kandungan peluntur boleh membunuh racun di dalam badan jika diminum.

Tambah mengejutkan lelaki itu bukan saja menunjukkan demonstrasi kesan cecair peluntur, malah turut meminum air berkenaan.

Video tersebut kemudian mencetuskan kebimbangan kerana dikhuatiri membahayakan pemikiran, khususnya warga emas.

Malah, netizen berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempercayai teori tersebut.

"Sila rujuk pakar perubatan dan dapatkan maklumat sahih"

“Benda ni bukan fake, confirm itu bleach”

“Ambil vaksin takut mati, telah peluntur tak takut pula”

“Teori merepek ramai pula percaya, eh geramnya!”

“Tolong delete video ni, ramai pula yang percaya nanti. Pihak berkuasa tolong siasat, nanti ramai yang follow bahaya” tulis beberapa netizen.

Sehingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak 170,000 kali.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.