,
Hiburan

Tercari-Cari Drama Romantik Komedi Yang Super Cute? Ini Sebab Anda Perlu Layan Bunga's Secret Garden

Amri Hassan
09/01/2021
13:10 MYT
Bosan di rumah, tak tahu nak tengok drama apa? Apa kata anda tonton drama pendek Bunga's Secret Garden yang sudah mula ditayangkan secara digital sejak 5 Januari lalu.
Mudahnya anda boleh layan episod pertama Bunga's Secret Garden di Facebook, Instagram atau laman web rasmi Gempak! Semuanya di hujung jari anda.
Kisah cinta tiga segi antara Bunga, Sam dan Adam menjadi semakin rumit apabila Bunga perlu memilih salah seorang daripada dua jejaka yang meminati dan berani meluahkan isi hati mereka.
Memang romantik dan comel kisah cinta mereka ni!
Jadi, Gempak kongsikan juga kenapa anda perlu menonton drama pendek Bunga's Secret Garden ini.
1. Pelakon muda yang cantik dan kacak-kacak
Bunga's Secret Garden dilakonkan oleh pendatang baharu industri hiburan, Rita Nadira (Bunga), Haziq Macquistan (Adam) dan Muhsin Nadzli (Sam).
Bagi yang tidak tahu, Rita merupakan seorang peragawati yang kini menceburkan diri dalam dunia lakonan, manakala Haziq adalah anak kepada pelakon popular Jasmin Hamid. Muhsin pula peragawan dan adik kepada pemain bola sepak JDT, Haziq Nadzli.
BACA: Elok-Elok & Cantiknya! Kenali Pelakon Utama Drama Bunga's Secret Garden
Ketiga-tiganya memiliki wajah yang menawan dan semestinya mampu membuatkan anda terus melekat untuk menyaksikan kesudahan kisah cinta mereka bertiga.
2. Jalan cerita best
Kalau peminat drama romantik Korea, anda pasti menggemari drama pendek Bunga's Secret Garden. Jalan ceritanya mirip drama Korea namun punyai estetika Melayu sendiri.
Menarik juga untuk ditonton oleh seisi keluarga dan drama pendek ini juga tidak memeningkan kepala anda. Plot ceritanya ringkas dan mudah difahami.
Malah, sinematografinya juga cantik. Tak nampak macam di Malaysia.
3. Banyak kongsi tips
Dalam drama ini, Bunga memegang peranan sebagai pemilik nurseri yang turut menjual produk penjagaan rambut di tempat yang sama. Nak tahu apa kaitannya, anda kenalah tonton sendiri.
Memandangkan Bunga menjual produk penjagaan rambut, Bunga juga kerap berkongsi tip dan petua penggunaan produk yang berasaskan alam semula jadi.
Bunga's Secret Garden mengisahkan tentang Bunga, pemilik kedai bunga ‘hipster’ yang sedang mencari cinta sejatinya melalui dua jejaka bernama Sam dan Adam.
Kedua-duanya nampak sempurna, tetapi mana satu yang paling tulen cintanya? Untuk dapatkan jawapan itu, Bunga merancang untuk uji mereka berdua.
Bunga's Secret Garden disiarkan di Facebook, IGTV dan laman rasmi Gempak pada 5 Januari lalu dan episod kedua pada 12 Januari pukul 5 petang.
Drama pendek itu juga turut ditayangkan di Astro Ria pada 12 dan 19 Januari pukul 6.45 petang dan ulangan pukul 11.45 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.