,
Gaya Hidup

Terbaik Diantara Yang Terbaik, Ini 5 Filem Marvel Paling Epik Pilihan Gempak!

Hanafis Haris
31/07/2019
11:39 MYT
Filem Avengers: Endgame yang ditayangkan beberapa bulan lalu telah pun menutup tirai Marvel Cinematic Universe (MCU) fasa ketiga dengan cukup indah dan berjaya.
Ungkapan ‘I Love You 3000’ pastinya akan diingati sampai bila-bila oleh penonton serta peminat filem Marvel.
Jika diimbas kembali, kira-kira 23 filem MCU telah dihasilkan oleh Marvel Studio bermula dari kemunculan filem The Iron Man pada tahun 2008.
Namun, dalam banyak-banyak filem ini, bukan semua yang mendapat tempat di hati penonton.
Oleh itu kami senaraikan lima filem di bawah MCU yang Gempak rasakan paling terbaik.

#5 Captain America: Civil War (2016)

Buat pertama kalinya kita melihat perbalahan Avengers hingga menyebabkan pertarungan yang serius.
Filem ini antara yang terbaik dihasilkan Marvel kerana berjaya mengimbangi jalan cerita dan aksi superhero.
Tidak dilupakan, filem ini juga menjadi pengenalan watak Spiderman buat pertama kalinya di MCU.

#4 Thor: Ragnarok (2017)

Pengarah Taika Waititi berjaya menyelamatkan francais Thor dengan menampilkan formula yang hebat menerusi Ragnarok.
Thor: Ragnarok antara filem Marvel yang cukup rencah.
Ditambah pula dengan watak Hulk, filem ini berjaya menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

#3 Iron Man (2008)

Filem yang memulakan segalanya-galanya. Iron Man bukan saja mengubah genre superhero, tetapi industri filem secara keseluruhan.
Menerusi filem ini, penonton boleh melihat bagaimana Iron Man dicipta dan bagaimana idea mengumpulkan ahli Avengers mula tercetus menerusi penampilan khas Nick Fury.

#2 Guardians Of The Galaxy

Antara filem Marvel paling menghiburkan!
Selain menampilkan pelbagai aksi perang di galaxy, filem ini turut bermain dengan lagu soundtrack yang hebat.
Filem ini juga banyak memperkenalkan watak yang sedikit berbeza daripada yang kita lihat sebelum ini. Antaranya termasuklah Rocket, Groot dan Gamora.
Anda pasti tidak akan bosan!

#1 Black Panther

Totally different! Sangat berbeza daripada filem MCU lain.
Negara Wakanda yang seperti tidak pernah wujud dalam dunia MCU sebelum ini akhirnya dipertontonkan kepada peminat.
Dari segi jalan cerita, kecanggihan teknologi, budaya dan aksi pertarungan, semuanya berjaya digabungkan menjadi satu filem yang epik.
Black Panther pastinya akan menjadi antara filem Marvel paling hebat!

Koleksi Filem Marvel Kini Boleh Didapati Di Astro Best dan On Demand!

Untuk pengetahuan anda, bermula 30 Julai ini anda berpeluang menyaksikan koleksi filem Marvel.
Anda boleh melanggan menerusi saluran Astro Best (481) atau langgan secara terus di Astro PVR bersambung anda melalui On Demand Store.
Harga? Anda boleh menikmati filem Marvel dengan serendah RM6 bagi satu filem hingga RM19.90 untuk satu bundle filem.
Bagi promosi ‘bundle’ pula, anda berpeluang menontonnya selama 48 jam daripada tempoh pembelian.
Saksikan The Avengers: Endgame dan 20 filem blokbuster Marvel yang lain di Astro Best (Saluran 481) dan On Demand!
Anda boleh lihat maklumat lanjut di sini, watchod.
Sumber Gambar: Den of Geek
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wolverine Bagi Salam, Captain Marvel Pula Pakai Tudung… Babak Dalam Komik ‘Fallen Friend: The Death of Ms. Marvel’ Tarik Perhatian Netizen

gempak
07/09/2024
04:41 MYT
Bagi Ariffin, dengan penerbitan komik ini, ia menyaksikan Marvel sangat terbuka dalam meraikan kepelbagaian agama dan budaya
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Viral

Figurin Iron Man Harga RM10K Didakwa ‘Dipecahkan’ Oleh Anak Pengunjung, Respons Pemilik Restoran Bikin Netizen Sejuk Hati

gempak
02/01/2024
04:55 MYT
Fuh, nasib baik
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

Beri Teladan Tak Baik, Bapa Beri ‘Iron Man’ Dadah Sejak Usia 6 Tahun

gempak
05/12/2022
14:50 MYT
Robert Downey Jr mendedahkan dirinya sudah mengenali dan mengambil dadah sejak kanak kanak.