,
Laman Utama

Terasa Kehilangan Adibah Noor- Liza Hanim Sebak, Jaclyn Victor Bongkar Mesej Terakhir

Syafiqah Jalal
19/06/2022
09:49 MYT
Sejak semalam seluruh warga industri seni tanah air berduka selepas mendapat perkhabaran yang mengejutkan serta menyedihkan apabila Allahyarham Adibah Noor pergi buat selamanya.
Astro Gempak sempat berjumpa dengan dua orang rakan yang sering bekerjasama dengan arwah iaitu Liza Hanim dan Jaclyn Victor di satu rakaman program nyanyian semalam.
Menurut Liza, Adibah Noor seorang insan yang penuh dengan semangat positif dan kehilangannya amat dirasai lebih-lebih lagi arwah meninggal dunia akibat kanser sama seperti bapa dan bapa mentuanya.
“Speechless tak sangka betul sebab tak dengar berita bila dia sakit macam tak percaya.
“Saya tak rapat dengannya tapi bila saya bersama dia ketika sama-sama buat persembahan nyanyian dia selalu bagi positif vibes…tak kira orang baru atau sesiapa dia sentiasa welcome.
“Bagaimana pun apa yang membuat saya sebak dan terasa adalah dia pergi akibat kanser sama seperti bapa saya. Amat memilukan,” katanya.
Sementara itu, Jaclyn Victor pula mendedahkan mesej terakhirnya bersama Adibah yang ketika itu ingin membantu seorang rakan industri seni yang sedang sakit.
“Malaysia telah kehilangan satu permata yang sangat berharga, tak tahu ada lagi tak insan sehebat Adibah yang kita tahu mempunyai bakat besar dalam nyanyian, lakonan dan pengacaraan.
“Sebenarnya saya teringat mesej terakhir dia kepada saya yang bertanyakan mengenai seorang pemuzik yang tak sihat dan memerlukan pertolongan. Saya tak tahu ketika itu dia pun sakit. Sedih…,” luahnya.
Adibah dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Sabtu di sebuah hospital swasta di ibu negara selepas difahamkan menghidap penyakit kanser ovari.
Jenazah telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Keramat Kuala Lumpur kira-kira jam 11.31 pagi tadi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.