,
Laman Utama

“Terasa Indahhhh, Ha Macam tu” - Comelnya Ayden Betulkan Nyanyian Aliff Aziz, Siap Bacakan Doa...

Hanafis Haris
13/01/2022
02:55 MYT

Anak sulung kepada pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah iaitu Ayden Adrean mencuri tumpuan ramai apabila menonjolkan skil nyanyiannya.

Menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram bersama Aliff malam semalam, Ayden secara bersahaja menyanyikan lagu Rapuh (Kumpulan Nastia).

Malah, Ayden dilihat turut memperbetulkan cara nyanyian Aliff Aziz yang sebelum ini membawakan lagu tersebut di konsert Gegar Vaganza lapan (GV8), Ahad lalu.

“Terasa Indahhhh, ha macam tu. Ayden dapat markah tiga, ada tiga bintang.

“Terima kasih dengar Ayden menyanyi, doakan daddy sebab Ayden nak sekolah,” katanya kanak-kanak comel tersebut.

Dalam pada itu, menerusi live berkenaan, Aliff turut meminta Ayden membacakan doa untuk persembahannya dalam konsert GV8 nanti.

Namun, apa yang melucukan Ayden dengan yakinnya membacakan doa makan.

“Tu untuk daddy GV ke untuk doa makan sayang,” usik Aliff.

Sekadar info, Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5 dan Ara Adreanna, 1.

Untuk rekod, pada konsert kelapan Ahad lalu, Aliff Aziz yang membawakan lagu Rapuh berada di tempat kedua dengan markah sebanyak 76.8%

BACA: GV8: Kreatif Tapi Vokal Kurang Gah Punca Sa.Ya Tersingkir

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.