,
Hiburan

Tepati Ramalan, Amir Jahari Menangis, Sujud Syukur! Hasrat Dinobat Juara AJL38

Mya Amri
03/03/2024
16:21 MYT
Tuah milik Amir Jahari apabila lagu Hasrat nyanyian dan ciptaannya mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang disiarkan secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil, malam tadi.

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Kata Lagu Amir Jahari 'Sampai Lain Macam'

Kemenangan itu membolehkan Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Naib juara AJL38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian Aisha Retno yang dicipta oleh penyanyi berbakat itu bersama MFMF, sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.
Lagu yang memenangi tempat ketiga pula menjadi milik Jangan Mati Rasa Itu ciptaan dan nyanyian Aina Abdul sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

BERITA TRENDING: Neelofa Ramal Hasrat Amir Jahari, Astana Ernie Zakri Bakal Juara AJL38

Aina Abdul juga diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Manakala Persembahan Terbaik dimenangi oleh Aisha Retno yang mempertandingkan lagu Sutera telah membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.
Anugerah Penyanyi Pilihan Alha Alfa pula diberikan kepada Aina Abdul yang membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi.
Kemuncak AJL38 tahun ini menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri serta juri-juri Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hasan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramlee.
Persembahan pembukaan dimeriahkan dengan persembahan oleh Shila Amzah dan Vanessa.
Untuk persembahan penutup pula diserikan dengan persembahan Dayang Nurfaizah, Datuk Zainal Abidin dan Ella.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.