,
Laman Utama

Tengku Hassanal Ikrar Berusaha Selamatkan Harimau Daripada Pupus

Azwa Rahman
11/06/2022
10:28 MYT
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ikrar untuk melaksanakan tanggungjawab dan berusaha sebaiknya untuk menyelamatkan Harimau Malaya supaya tidak pupus.
Baginda bertitah langkah tegas perlu diambil bagi menyelamatkan haiwan yang menjadi simbol keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia kerana spesies itu kini mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.
"Jika kita bertindak dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas, saya percaya kita pasti dapat menyelamatkan Harimau Malaya yang merupakan ikon kemegahan Malaysia. Kita perlu melindungi kawasan hutan yang merupakan warisan biodiversiti yang tiada galang gantinya," titah baginda menerusi kenyataan pada Jumaat.
Usaha menyelamat Harimau Malaya, menurut Tengku Hassanal juga tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama dan kolaborasi penuh antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selain perlu dilengkapi dengan pengetahuan, teknologi, sumber dan bantuan teknikal pakar tempatan serta antarabangsa.
Sehubungan itu, baginda bertitah agar kerajaan Pahang dapat melaksanakan langkah penting untuk memelihara dan memulihara Harimau Malaya temasuk memberi keutamaan untuk menubuhkan unit penguatkuasaan yang berkesan bagi menghapuskan ancaman pemburu haram.
"Pemburu haram yang terlibat dalam kegiatan ini perlu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan selain habitat utama Harimau Malaya iaitu 'Greater' Taman Negara dan kawasan sekitarnya dilindungi segera serta jaringan koridor hidupan liar di kawasan Central Forest Spine dipulihkan," titah baginda.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Sukan

Harimau Malaya Bakal Miliki Pemain Bernilai RM72 Juta

gempak
08/09/2024
08:25 MYT
Skuad Harimau Malaya berpeluang menambah lagi kekuatan di jentera tengah mereka selepas pemain Burnley FC, Josh Brownhill didakwa memiliki darah Malaysia menerusi neneknya.
Terkini

Faisal Halim Sebak Tak Dapat Bersama Harimau Malaya

gempak
30/08/2024
13:25 MYT
Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim tidak dapat menahan sebak ketika menjejakan kaki ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Kelana Jaya pada Khamis.
Berita

Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

gempak
21/08/2024
00:25 MYT
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.
Sukan

Harimau Malaya Tewaskan Taiwan, 3-1

gempak
12/06/2024
05:24 MYT
Harimau Malaya menghidupkan sisa-sisa perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila bangkit menewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.