VIRAL
Tengah Kumpul Kekuatan, Syamimia Dah Lama Pasang Niat Untuk Bertudung - “Saya Hanya Mahu Mengambil…”
Pempengaruh media sosial, Syamimia mengakui dia memasang niat untuk mengubah penampilannya dengan memakai tudung.
Perlu masa
Bagaimanapun, kata pempengaruh berusia 29 tahun ini masih mengumpul kekuatan dan menunggu masa yang tepat untuk ke fasa tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Beri Rating Komen-Komen Toksik Netizen! - "Cukup Pedas, Cukup Menyakitkan Hati"
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Unboxing Peti Sejuk Mahal, Ini Respons Wargamaya: “Dah Beli Yang Ori Pun Netizen Melalak”
ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”
"Saya ke arah bertudung, saya dalam proses mahu memakai tudung. Saya hanya mahu mengambil masa sendiri untuk ke arah tersebut. Saya sudah lama fikir untuk bertudung.
"Macam saya nampak ada satu jalan lurus di hadapan, sepanjang jalan itu saya sudah pakai tudung dan qada (ganti) segala solat.
"Saya mahu penuhkan sepanjang jalan itu dengan amal ibadah,” kongsinya.
Syamimia berkongsi perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Fokus keluarga
Dalam pada itu, Syamimia turut memberitahu di usianya sekarang, dia enggan memikirkan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya. Sebaliknya, mahu fokus dengan kehidupan dan keluaraga.
"Saya sahaja tahu bagaimana diri saya, kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap tindakan kita.
"Apa yang orang buat, saya malas mahu fikir. Saya ada keluarga yang perlu dijaga.
"Saya sudah 29 tahun, jadi perkara remeh saya malas nak ambil tahu. Justeru tidak rugi jika berbuat baik,” ujarnya.
@nona.my Teruja NONA mendengar perkongsian sacara langsung pempengaruh terkenal Syamimia semalam di TTnya berhubung bagaimana dirinya berhadapan cabaran di era digital di mana setiap langkahnya diperhatikan. Malah, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengakui kini dalam fasa untuk memperbaiki diri dan ibadahnya. Semoga dipermudahkan urusan Syamimia dan keluarga, dan semoga istiqamah hendaknya. Kredit video & gambar: syamimia_ #majalahnona #syamimia #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ ♬ original sound - NONA
Must-Watch Video