,
Laman Utama

"Tengah Bawa Kereta Pun Saya Akan Mengaji" - Bella Astillah

Amri Hassan
13/11/2021
04:45 MYT
Sama seperti suaminya, Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui dalam proses mendekatkan diri mendalami agama Islam ketika ini.
Kata Bella, dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak melepaskan peluang mengikuti kelas agama setiap hari bersama rakan-rakan artis termasuk Datin Lisa Surihani, Amyra Rosli dan Liyana Jasmay.
"Kelas itu dibimbing oleh Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita lain.
"Kami ada group dan akan sentiasa mencuba mencari masa untuk belajar ilmu agama. Misalnya saya, kalau tengah bawa kereta pun tetap akan mengaji.
"Amyra pula walaupun tengah sibu shooting, dia akan mencari waktu untuk berhenti make up dan sama-sama mengaji al-Quran.
"Saya nampak usaha semua orang di situ dan sebenarnya kami bermula daripada kosong. Belajar alif ba ta balik sebab nak perbaiki sebutan," katanya kepada Gempak.
Bella ditemui pada majlis sidang media pengenalan 13 peserta Gegar Vaganza musim kelapan di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Aliff antara bintang GV8 yang akan berentap pada musim ini bersama beberapa penyanyi lain antaranya Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Bandi Amuk dan Datuk Fazley Yaakob.
Konsert mingguan GV8 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi! !Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.