,
Laman Utama

“Tempat Terbaik Untuk OOTD” - Syed Saddiq Promosikan Lukisan Mural Di Muar Pula, Cantik!

Azwa Rahman
12/08/2020
11:39 MYT
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman giat mempromosikan lukisan mural sebagai salah satu tarikan pelancongan yang ada di daerah tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq yang menggunakan akaun TikToknya membuat sebuah video memperkenalkan dinding-dinding mural untuk tatapan umum.
“Tak payah dating jauh-jauh. Kami ada mural terbaik untuk anda bergambar OOTD. Ini antara sebahagiannya,” tulis Saddiq sebagai kapsyen video. Menerusi perkongsian itu, Saddiq menjelajahi beberapa lukisan mural terkenal di Muar yang terletak di Jalan Arab serta Muar Cultural Walk-Street Art.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk usaha merancakkan lagi industri pelancongan di bandar Muar dan negeri Johor.
“Kenapa saya tak pernah tahu ada tempat macam ni kat Johor? Hmmm rasa mcm tak patut je bila sendiri belajar kat Johor, tak pegi kat tempat ni, cantik la tempat tu,” kata seorang wargamaya.
“Saddiq promosi pelancongan Muar sorang-sorang dia je. Saya tak pernah pegi sana tapi saya rasa nak pergi lepas tengok video dia. Muar bertuah memiliki Saddiq,” komen seorang wargamaya.
“Wah terbaik YB, memang cantik mural-mural ye. Kerap juga pegi bandar, lagi-lagi waktu malam. Sebab bandar Muar best,” tulis seorang wargamaya.
“Muar bersih and memang tenang. Makanan sedap, mural dan ada kedai-kedai kecil dengan pakcik makcik yang peramah. I love Muar,” puji seorang wargamaya.
“Omg YB berhenti promosikan Muar nanti jam tau tak,” ujar seorang wargamaya.
“Best memang best. Tapi bila kena hari cuti, Ya Allah memang kena datang naik basikal la cerita dia. Naik kereta takda parking weh,” luah seorang wargamaya.
“Sumpah Syed Saddiq promosi Muar lebih baik daripada Malaysia promosikan negara sendiri,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video Saddiq tersebut telah menerima hampir 370,000 tontonan serta 25,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Viral

"Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

gempak
30/06/2024
05:40 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.
Viral

Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

gempak
29/06/2024
04:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang dia telah berjaya meraih RM55,000 menerusi misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) yang dimulakan semalam.