,
Laman Utama

"Tempat Sama Layanan Berbeza" - Netizen Musykil Sheikh Muszaphar Boleh Bawa 4 Anak Ke Taman Tapi Orang Awam Tak Boleh

Amri Hassan
15/02/2021
05:20 MYT
Tindakan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi sepotong video membawa empat anaknya ke sebuah taman di ibu kota baru-baru ini mencetuskan perdebatan netizen.
Hal itu ekoran kebenaran tidak sama rata yang diberikan kepada orang awam yang dilarang keras untuk membawa anak masing-masing ke taman berkenaan.
Meluahkan perkara tersebut di Twitter, tulis seorang pengguna, dia sendiri berdepan isu apabila anaknya tidak dibenarkan memasuki taman berkenaan beberapa hari sebelum Sheikh Muszaphar mengunjungi taman berkenaan.
"Hi DBKL saya telah dimaklumkan semalam oleh pihak polis yang menjaga Taman Botani yang mana DBKL tidak membenarkan kanak-kanak di taman jadi anak saya juga tidak dibenarkan masuk. Tercengang je dia kat luar.
"Tapi hari ini tengok Sheikh Muszaphar boleh bawa 4 orang anak ni macam mana? Boleh jelaskan SOP?
"This is not an attack towards Sheikh Muszaphar or me undermining any govt SOPs we'll gladly follow any rules.
"However it becomes a real problem if rules are different and can be bent for certain groups of people while the mass public is told to adhere strict SOP," ciap pemilik akaun berkenaan berserta foto tangkap layar akaun Sheikh Muszaphar.
Susulan itu, ramai yang tampil memberikan komen mengulas situasi 'dua darjat' berkenaan.
"What. Haritu Jovian Madagie and his family, anak Ismail Sabri selamba je main dalam botanical garden wthhhhhhhh," tambah ciap pengguna lain.
"Sorry nak tanya awak siapa ya? If nobody, jangan harap lah. Bukan being rude to you, but just so you know, this is new norm of Malaysia. Please feel free to get used to it. Kami dah start terbiasa ni," sahut pengguna lain pula.
Namun, ada yang membalas ciapan terbabit memaklumkan berdepan situasi berbeza dengan orang ramai.
"Pukul berapa encik pergi ya? Sebab saya tiap-tiap minggu bawa anak ke sini, so far memang lepas. Maybe ikut timing juga kot. Kalau petang-petang camtu dia memang biar je semua orang masuk. Kat sana bersepah anak-anak expats main taman, ofc kita pun ada hak juga," katanya.
Meninjau ruangan Instagram Sheikh Muszaphar, beliau turut menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan netizen mengenai situasi terbabit.
"When we were there many kids and adults we allowed. So long as follow SOP.
"Belakang rumah je. We walk there," tulisnya.
Bagaimanapun, posting berkenaan telah dipadamkan dari Instagram beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Unitar