,
Laman Utama

Tempah Kek Kahwin Swarovski Tapi Dapat Manik Biasa, Usahawan Selebriti Hampa - "Bayar RM7,000 Tapi Hasilnya Macam RM70 Jer"

Amri Hassan
16/02/2022
13:50 MYT
Malang bagi usahawan selebriti dan pengasas produk kecantikan Iddin Syah apabila menerima kek resepsi majlis perkahwinannya tidak seperti yang dimahukan.
Menurut Iddin atau nama sebenarnya Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi, dia telah mengeluarkan kos sebanyak RM7,000 untuk mendapatkan kek dengan hiasan batu Swarovski.
"Majlis perkahwinan bukan selalu kita buat, jadi saya memang impikan kek berhiaskan batu Swarovski.
"Saya memang tidak pernah berkira dengan harga sebab semuanya saya lakukan untuk isteri yang selama ini bersama dengan saya memperjuangkan ESW.
"Kek yang saya dapat untuk majlis pada malam itu memang tidak seperti yang digambarkan. Kualiti sangat teruk, size juga kecil... sepatutnya kek itu berharga RM7,000 tapi hasilnya macam RM70 saja," katanya.
Lebih membuatkan dia bengang apabila mengetahui kek berkenaan hanya menggunakan manik biasa dan bukan batu Swarovski seperti diminta.
"Kek real yang boleh dimakan sangat kecik daripada kek Secret R*c*pe. Sangatlah tidak berbaloi. Yang lain hanya foam sahaja semata-mata, walaupun diminta dua tingkat kek real dan yang lain adalah dummy atau palsu.
"Design yang dihantar tidak seperti mana yang saya impikan dan hanya menggunakan sticker sahaja seperti kek yang sangat murah. Dijanjikan adalah batu Swarovski tetapi yang dapat hanyalah manik.
"Anda semua boleh menilai sendiri daripada gambar ini. Niat saya bukan nak jatuhkan mana-mana pihak tetapi saya tidak mahu perkara ini terjadi kepada orang lain dan supaya lebih berhati-hati ketika memilih vendor," ujarnya.
Sementara itu, Iddin berkata dia terpaksa berkongsi luahan hati ini kerana mahu memberikan yang terbaik buat isteri tercinta, Farah Surieza, sempena majlis resepsi mereka.
"Pada majlis yang penuh dengan kegembiraan dan malam bersejarah itu, semestinya saya inginkan yang terbaik buat isteri kesayangan Farah serta tetamu yang hadir.
"Walaupun nampak saya tersenyum sebenarnya malam itu saya sedikit kecewa dengan kek perkahwinan kami," tambahnya.
Iddin dan isteri, Farah Surieza mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah hotel pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.