,
Laman Utama

Telinga Kiri & Hidung Elyana Ada Masalah - "Dengar Sebelah Kanan Je, Rasa Pening & Berpusing"

Amri Hassan
10/10/2021
09:55 MYT
Penyanyi Elyana memaklumkan dirinya baru selesai menjalani sesi kemoterapi kali kedua dan sudah dibenarkan pulang pada hari ini.
Bagaimanapun, tambahnya, rawatan susulan dilakukan terhadap masalah telinga kirinya yang sudah berlarutan sejak bertahun-tahun.
Melalui rawatan awal, pelantun lagu Kalis Rindu itu diberikan ubat titis dan terpaksa tidur secara mengiring.
"Saya perlu tidur mengiring kerana jururawat baru sahaja titikkan ubat dalam telinga sebelah kiri ini. Telinga saya sudah bertahun-tahun bermasalah serta hidung saya juga.
"Jadi, semalam pakar telinga dan mulut datang periksa. Dia memberi ubat titik dahulu.
"Dalam beberapa hari saya kena datang janji temu untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk bahagian telinga dan hidung," katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories.
Dalam perkembangan sama, Elyana perlu berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) bagi pemeriksaan susulan permasalahan yang dialaminya beberapa hari lagi.
Malah, Elyana dibekalkan ubat khas untuk rawatan telinganya yang perlu dititiskan sendiri dua kali sehari.
Masalah yang dialami itu menyebabkannya hilang imbangan badan dan kerap pening.
"Selama ini pernafasan dan pendengaran saya memang tidak berapa jelas sangat. Saya rasa pening dan berpusing.
"Tak dengarlah, memang tidak. Dengar sebelah kanan sahaja, tidak seimbang. Nafas pun sama perlu periksa," tambahnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Baru Bergelar Isteri Semula, Kiah Propa Diuji Kanser Suami Sudah Merebak - “Operation Tak Boleh Dibuat Disebabkan…”

gempak
21/11/2024
07:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa berkata doktor memaklumkan kanser yang menyerang suaminya, Mohamad Nazri Ismail kini sudah merebak di beberapa anggota tubuh badan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar