,
Laman Utama

Telegram Terima 25 Juta Pengguna Baru Dalam Masa 72 Jam!  Ini Pendedahan CEO...

Asraf Aided
18/01/2021
08:19 MYT
Apabila syarikat aplikasi WhatsApp membuat keputusan untuk mengemaskini terma dan polisi privasi mereka baru-baru ini, rata-rata pengguna dilaporkan telah beralih ke aplikasi lain.
Memetik laporan India Times, polisi terbaru WhatsApp yang akan berkongsi data pengguna kepada Facebook ternyata tidak dipersetujui ramai lalu jutaan pengguna mengambil inisiatif untuk menggunakan aplikasi yang tidak berkaitan dengan Facebook.
Diafahamkan, ramai yang beralih kepada aplikasi Signal dan Telegram.
Perkara itu juga telah dinyatakan oleh pengasas Telegram, Pavel Durov yang mendedahkan beberapa pemimpin dunia seperti Presiden Turki, Recep Erdogan dan pemimpin Brazil, Jair Bolsonaro merupakan antara pendatang baru di aplikasi berkenaan.
"Kami berbesar hati apabila pemimpin-pemimpin politik, diikuti organisasi awam bergantung kepada Telegram untuk mengekang salah faham dan menyebarkan kesedaran tentang isu-isu penting dalam masyarakat," kata Durov mengalukan kedatangan pengguna baru.
Selasa lalu, Durov mendedahkan Telegram menerima 25 juta pengguna baru dalam masa 72 jam lantas menjadikan jumlah pengguna keseluruhan melebihi 500 juta.
Pada Khamis pula, Durov mengatakan kebanyakan pengguna menjadikan aplikasi itu sebagai platform untuk berbual dan ia merupakan migrasi digital paling besar dalam sejarah.
"Sejak posting terakhir saya, kedatangan pengguna baru yang ramai sangat cepat berlaku, kami mungkin menyaksikan jumlah migrasi digital yang terbesar dalam sejarah manusia," katanya lagi.
Sumber : India Times Kredit Foto : East-West Digital News & 1000 Logos
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Polis Siasat CEO Telegram Terlibat Kes Pedofilia

gempak
27/08/2024
02:55 MYT
Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov, ditahan di Perancis sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap jenayah termasuk pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah dan transaksi penipuan di platform tersebut.
Hiburan

Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

gempak
25/08/2024
08:00 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial apabila berkongsi kata-kata positif, pada Ahad.
Berita

Pengasas, CEO Telegram Ditahan Di Perancis

gempak
25/08/2024
05:55 MYT
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) aplikasi Telegram, Pavel Durov ditahan di Lapangan Terbang Borget di luar Paris, Perancis pada Sabtu.
Hiburan

Pelawak, Isteri Direman, Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

gempak
02/07/2024
09:23 MYT
Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di aplikasi Telegram.
Terkini

Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini

gempak
25/04/2024
09:25 MYT
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.