Laman Utama
Telefon Pintar Paling Canggih? Ini Desas Desus Ciri Terbaru iPhone 15! Paling Tak Sangka…
Bila sebut sahaja Iphone, siapa yang tak mengenali telefon bimbot pintar ini yang dihasilkan oleh salah satu syarikat gergasi dunia, Apple.
Pada hujung tahun lalu, Apple telah melancarkan beberapa peranti telefon bimbit terbaru iaitu Iphone 14, 14 Pro & Pro Max serta 14 Plus dan peranti yang lain.
Belum pun habis gosip mengenai Iphone 14, kini terdapat desas desus mengenai beberapa ciri-ciri terbaru yang Apple akan hadirkan pada Iphone 15 yang dikatakan akan dilancarkan sama ada di pertengahan tahun ini ataupun di hujung tahun.
Antara ciri-ciri yang akan hadir adalah palam pengecasan yang menggunakan Type-C dengan kelajuan sama seperti mengecas menggunakan palam pengecasan “Lighting”.
Selain itu, dari segi fizikal pulak, dikatakan Iphone 15 akan hadir dengan reka bentuk yang betuk yang menggunakan 2.5D Glass untuk papan muka Iphone, cip pemprosesan yang baru dan berbeza untuk Iphone 15 Plus dan juga Iphone 15 Pro.
Bagi Iphone 15 Pro/Pro Max, dikatakan Apple akan menggunakan Wifi 6E yang lebih laju berbanding Wifi yang sebelum ini. Untuk bahagian kamera pulak, ramai yang menjangkakan bahawa Apple akan mula memperkenalkan Kanta periskop dengan kemampuan untuk zum sebanyak 6x atau 10x kali dan dikatakan hanya ada Iphone 15 Pro Max. Namun Kanta periskop ini bukanlah sesuatu yang baru kerana terdapat beberapa telefon bimbit canggih yang lain sudahpun menggunakkannya seperti Samsung Galaxy Ultra dan juga Huawei P30 Pro.
Apa-apa pun, min harap Apple dapat memberikan kesenangan dan kemudahan yang lebih lagi kepada pengguna memandangkan untuk memiliki sebuah telefon bimbit untuk waktu sekarang bukanlah mudah dengan harga sebuah peranti yang premium.
Must-Watch Video