,
Laman Utama

Teka Teki Terjawab! Lyla Amina Nama Anak Kedua Scha & Awal

Asraf Aided
11/03/2021
14:00 MYT
Akhirnya, teka teki tentang nama anak perempuan kedua pasangan selebriti popular Scha Alyahya dan Awal Ashaari terjawab.
Ia telah didedahkan dalam Schawal Baby Boom 2021 yang bersiaran di Astro Ria dan Ria HD sebentar tadi.
Dalam program tersebut, Awal meminta Lara untuk mengumumkan nama baby girl itu.
"Okay Lara, hari ini secara ekslusif, apa kata kita dedahkan nama adik, boleh?" tanya Awal kepada Lara.
Dengan penuh gembira, Lara mengumumkan nama adiknya yang telah tertulis pada sebiji kek itu.
"Boleh...Nak tahu nama adik tak? Lyla Amina, nama ini sedap dan dekat dengan nama saya," jawab Lara.
Awal menyambung perbualan tersebut dengan mengucapkan syukur dan mengatakan nama itu adalah pilihan mereka sekeluarga
"Alhamdulillah, kami sekeluarga memilih nama Lyla Amina," katanya.
Terdahulu, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Lara, 7, dan Lyla Amina yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar