,
Laman Utama

Teguran Afiq Muiz Terhadap Imej Tidak Bertudung Alya Iman Raih Perhatian Netizen – “Keputusan Melawan Perintah Allah & Rasul…”

Asyikin Mayudin
29/06/2023
23:55 MYT
Kenyataan pelakon Alya Iman mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab menerusi temu bual bersama Gempak yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini turut mendapat perhatian aktor Afiq Muiz.
Afiq menerusi ruang komen di perkongsian video temu bual di Instagram rasmi Gempak menasihati Alya agar berfikir semula mengenai keputusannya itu memandangkan wanita yang tidak bertudung akan menerima siksaan di akhirat.
“Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke… fikir la sebab perempuan tak bertudung komfirm disiksa Alya,” komen Afiq.
Biarpun ramai bersetuju namun terdapat segelintir netizen kurang senang dengan komen tersebut dan menganggap abang kepada aktres Aishah Azman itu tidak layak untuk memberi nasihat kepada Alya.
“Mufti Menk pun pernah cakap kalau bab aurat wanita ni lelaki bukan keluarga tak payahlah bagi pendapat. Lebih baik wanita yang beri nasihat. abang ni abang dia ke? Over,” komen netizen.
Bagaimanapun Afiq menjelaskan dia hanya menegur sebagaimana Nabi juga akan memberi teguran dalam soal aurat.
“Ini bukan pendapat… tak tahu baca ke? Bagi aku, Nabi pun lelaki tegur fasal aurat wanita... jangan over over pula tapi bengap an,” balasnya.
Terdahulu, Alya Iman ketika ditemui Gempak baru-baru ini mengakui masih lagi berdepan dengan kritikan netizen mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab.
Walaupun tidak seteruk dahulu, namun komen-komen yang diberikan ada kalanya boleh membuatkan hatinya terguris.
Alya juga memohon netizen tidak mengaitkan lagi arwah bapanya iaitu pelakon Azmil Mustapha berkenaan dengan isu penampilannya.
Nama Alya Iman mula menjadi perbualan hangat apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab sekitar Mei lalu.
Anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha berkata keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi

gempak
02/05/2024
09:00 MYT
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Hiburan

"Bomba Ketuk Pintu Rumah Ingat Saya Dah Mati" - Alya Iman Susah Bangun Tidur, Nafi Ambil Bahan Terlarang!

gempak
24/02/2024
02:00 MYT
Pelakon yang semakin melonjak naik, Alya Iman tular gara-gara menceritakan pengalaman dirinya yang dikatakan mempunyai masalah tidur (sleeping disorder).
Laman Utama

“Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini

gempak
21/08/2023
06:50 MYT
Cantik Alya Iman
Laman Utama

“Niat Kita Hanya Untuk…” - Afiq Shazwan Jawab Isu Aksi Mesra Dengan Fasha Sandha

gempak
20/08/2023
23:50 MYT
Ada sebab Afiq lakonkan babak itu.
Laman Utama

“Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman

gempak
27/07/2023
23:54 MYT
Alya mahu jadi diri sendiri.