Laman Utama
Tawar 'Review' Percuma Untuk Bantu Peniaga Kecil, Eina Azman Terima Lebih 1000 Mesej Di WhatsApp
Usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman untuk membantu golongan peniaga kecil dalam mempromosi perniagaan mereka secara percuma telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sejak semalam, Eina memberitahu dia menerima lebih 1000 mesej di aplikasi WhatsApp yang dipercayai diterima dari peniaga-peniaga yang memerlukan bantuannya.
“Salam semua…minta bersabar sedikit ya. Admin saya akan mula post ig review you all dalam sejam lagi…
“WhatsApp yang masuk pun dah melebihi 1000. So harap you all faham ya,” katanya.
Pelakon The Maid itu berkongsi perkara tersebut di InstaStory akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam masa yang sama dia menunjukkan bukti mesej yang dihantar tanpa henti oleh pengikut laman sosialnya.
Semalam, Eina Azman telah tampil menyuarakan hasratnya untuk memberikan review percuma di Instagramnya bagi peniaga yang ingin mempromosikan produk mereka.
Ia adalah usahanya dalam membantu peniaga kecil yang terjejas teruk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ‘total lockdown’ ini.
Pun begitu, Eina memberitahu dia akan menggunakan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Must-Watch Video