,
Laman Utama

Tasha Shila Sedih Sebahagian Kepala Botak Selepas Bersalin - "Bila Keluar, Saya Pakai Topi..."

Syafiqah Jalal
09/09/2023
01:37 MYT
Pelakon Tasha Shila mendedahkan sebahagiann kepalanya pernah botak gara-gara keguguran rambut yang banyak selepas melahirkan anak pertamanya, Raes Zander pada tahun 2021.
Tasha beritahu Gempak, ketika itu dia sangat sedih dan ‘down’ sehingga kurang keyakinan diri kerana menganggap rambut mahkota dirinya.
“Selepas bersalin anak pertama itu saya memang terkejut bila rambut banyak gugur. Saya sedih sampai menangis kerana rambut saya botak di bahagian kiri dan kanan, ia amat mengerikan.
“Suami saksi semua itu dan turut bersimpati serta memberi sema ngat kepada saya kerana saya sudah kurang keyakinan diri lagi-lagi untuk keluar rumah.
“Mana taknya, saya anggap rambut itu mahkota diri dan bila jadi macam tu saya jadi sedih dan bila nak keluar saya hanya mengenakan topi untuk sorokkan kepala yang semakin botak ketika itu,” katanya kepada Gempak.
Tasha ditemui selepas pelancaran produk tonik rambut NYLA Beauty keluaran terbaharu daripadanya di sbeuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tasha memberitahu dengan sokongan suaminya, dia tekad untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan produk melebatkan rambut serta mengurangkan rambut gugur dengan NYLA Beauty.
“Tak lama lepas bersalin anak pertama, saya mula bimbang apabila dapat tahu pregnant anak kedua dan macam-macam bermain dalam fikiran.“Antara sebab-sebab kehilangan rambut selepas bersalin adalah perubahan hormon, faktor jiwa. Maklumlah baby menangis risau, kurang tidur, kurang zat dan recovery lepas pantang penting juga.“Semasa saya pregnant kali kedua saya memutuskan utk menghasilkan toni rambut hasil formula saya sendiri.
“Alhamdulillah, kelahiran kedua post partum masih lagi gugur rambut tetapi anak rambut saya tumbuh dengan cepat kerana saya amalkan NYLA Hair Tonic pagi dan malam,” kongsinya lagi.
NYLA Beauty merupakan jenama penjagaan rambut yang diasaskan oleh Tasha Shilla, kini telah muncul dengan pengenalan produk sulungnya yang direka khas untuk ibu dan anak-anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Viral

Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”

gempak
10/09/2024
14:55 MYT
Selepas 11 bulan menghilangkan diri, Youtuber mukbang sensasi Nikocado Avocado baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan penampilan terkininya yang semakin kurus.