Viral
"Tasbih Di Tangan Sampai Tertidur" - Fatimah Utuskan Zikir Setiap Hari Buat Arwah Adamdidam
Pemergian cef selebriti Adamdidam benar-benar membekaskan kesan kepada anak saudaranya, Fatimah.
Sepanjang Ramadan, kongsi ibunya Fatimah tak lekang daripada beribadah dan berzikir sepanjang waktu.
"Saya akhirnya belajar makna cinta sejati daripada anak saya yang berusia 6 tahun, Fatimah.
"Sebaik saja dia dapat tahu bahawa setiap amalan baik akan dilipat gandakan Allah sepanjang Ramadan, dia dan tasbih digitalnya berpisah tiada.
"Tasbih sentiasa di tangan Fatimah sampaikan saya ternampak dia tertidur sambil pegang tasbih banyak kali.
"Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun," tulis ibu Fatimah menerusi akaun Instagram The Family UK.
Tambahnya, amalan Fatimah itu bukan sia-sia, kata Fatimah dia utuskan zikirnya itu buat Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.
"Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; 'Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee'.
"Saya tak menjangka doa itu muncul daripadanya.
"Kemudian kata saya; 'Kamu minta Allah sampaikan zikir dan amalan kepada Mamajee, habis macam mana pula kamu? Apa yang kamu minta untuk diri kamu dari Allah?'
"Jawab Fatimah; 'tiada apa-apa'," ceritanya.
Kisah itu menyentuh hati ramai termasuk beberapa rakan selebrti serta memuji cara keluarga itu mendidik Fatimah sebaik mungkin.
Malah, kisah itu juga menjadi pengajaran kepada semua untuk meningkatkan amalan di kala akhir Ramadan.
Must-Watch Video