,
Laman Utama

"Tarikh Nikah Belum Ada Lagi Sebab Sekarang Sistem Dah Bertukar, Tak Macam Dulu" – Adda

Fiza Kamarudin
12/09/2021
01:15 MYT
Adda, mengesahkan bakal melangsungkan pernikahannya dengan Ewal selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Menurut Adda, 33, atau nama penuhnya, Nur Syuhada Baharuddin tarikh pernikahan belum dapat ditentukan lagi kerana prosedur yang berbeza sejak pandemik pandemik Covid-19 melanda.
“Tarikh menikah kita tak tentukan lagi sebab kita kena ikut turutan, maklumlah sekarang tengah pandemik jadi sistem semua dah bertukar.
“Kami nak hantar borang nikah pun kami dapat tarikh 27 Oktober ni nanti. Jadi tarikh pernikahan kami belum tentukan lagi. Insyaallah paling cepat, hujung tahun ini,” katanya.
Adda yang pernah menyertai kumpulan Butterfly sebelum ini mengakui jarak usia antara dia dan vokalis Kristal itu bukan penghalang untuk menjalinkan cinta.
“Setakat ini tak ada sesiapa pun persoalkan jarak usia kami. Lagi pun sekarang ni macam dah jadi trend, ramai lelaki lebih suka wanita lebih tua dari mereka.
“Tentang status saya ibu tunggal, dia bujang juga tak ada sesiapa yang pertikai…Semuanya ok,” katanya.
Adda yang juga adik kepada Rodi Kristal sebelum ini pernah dua kali berkahwin namun berakhir dengan penceraian.
Menerusi perkahwinan kedua, Adda dikurniakan sepasang cahaya mata, Tisha Deandra, 7, dan Aydan Zafarel, 6.
Mengenai Ewal atau nama penuhnya, Ikhwal Hafiz Ismail, 29, Adda menyifatkan bakal suaminya itu sebagai seorang yang tenang, bertanggungjawab dan menghormati orang tua.
Tambah Adda, yang paling penting Ewal juga mesra dengan anak-anaknya.
“Yang membuatkan saya terpikat dengan Ewal, dia seorang yang sangat tenang orangnya, bertanggungjawab, sopan, pandai hormat orang tua.
“Dia memang daripada dulu dia memang sangat mesra, pandai bawa diri, pandai bergaul dengan orang yang lebih tua dan yang paling penting dia juga mesra dengan anak-anak saya.
"Dia boleh menerima saya dan dua anak. Malah dia juga pandai mengambil hati saya, anak dan keluarga," katanya.
Adda dan Ewal saling mengenali sejak 15 tahun lalu, namun hubungan tersebut hanyalah sebagai seorang kakak dan adik.
Bagaimanapun cinta mereka mula berputik sejak Jun lalu.
Adda dan Ewal melangsungkan majlis pertunangan pada Jumaat lalu dalam majlis yang sederhana dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.