,
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

Gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Sebuah rakaman yang menjadi tular menunjukkan seorang lelaki tergamak menarik tudung isterinya hanya kerana mangsa meminta gincu.
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Klip itu menunjukkan sepasang suami dan isteri (pasutri) sedang membeli barangan di premis itu.
"Wanita itu secara tiba-tiba mahu bergegas keluar ketika suaminya sedang berada di kaunter bayaran. Lelaki itu kemudiannya mengejar isterinya lalu menarik tudungnya hingga tercabut.
"Pasutri itu akhirnya bertengkar di hadapan juruwang. Wanita itu cuba lagi mahu keluar dari pasar raya mini tersebut, namun dihalang suaminya. Mereka kembali berkelahi selepas isterinya tetap berdegil.
"Lelaki itu menarik isterinya kembali ke kaunter untuk menyelesaikan pembayaran," lapor Tribunjabar.id pada Selasa.

BERITA TRENDING: Lelaki Rusia Cedera Selepas Cubaan Merogol Seekor Lembu Betina

BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

BERITA TRENDING: Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

Drama pasutri itu turut mengejutkan juruwang dan staf lain di premis berkenaan.
"Rupa-rupanya mereka bertengkar hanya kerana isterinya meminta izin mahu membeli lipstik," ujar laporan itu lagi.
Kejadian itu bagaimanapun meraih pelbagai reaksi warganet dan ada yang mengutuk tindakan lelaki itu yang sanggup mengasari isterinya kerana gincu.
"Jika mereka alami masalah kewangan, maka si suami juga tidak boleh dibenarkan beli rokok.
Ada individu yang sanggup berhabis wang membeli rokok berbanding makanan," kata seorang pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.