,
Viral

"Tarian Yang Kalian Lakukan Itu Sangat Merbahaya" - Da'i Wan Dazrin Suruh Berhenti Buat #LathiChallenge

Zulaikha Yusof
05/06/2020
04:21 MYT
Pendakwah bebas, Da'i Wan Dazrin memohon agar cabaran viral, #LathiChallenge diberhentikan serta merta kerana berbahaya untuk dijadikan sebagai hiburan.
Menurut Dazrin, tarian itu sangat menakutkan kerana ia wujud dalam budaya Jawa yang syirik dan khurafat.
"Hentikan #LathiChallenge sekarang juga. Sesungguhnya tarian-tarian yang kalian lakukan itu sangat merbahaya untuk dijadikan hiburan.
"Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yang syirik dan khurafat. Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang.
"Tolong hentikannya! Hanya Allah swt shj tahu apa yang terlintas dalam hati saya tadi bila saya ditontonkan dengan video #LathiChallenge. Sungguh ia memang menakutkan," tulisnya.
Tambah Dazrin, dia berharap agar semua orang berhati-hati kerana hiburan itu boleh menggugatkan dan mengancam jati seorang Muslim.
"Bahkan bukan menakutkan sahaja, hiburan yang seperti itu cukup mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahayanya syirik dan khurafat yang wujud dari kepercayaan tarian tradisi sesetengah budaya Jawa yang sangat kuat kepercayaan pada bomoh dengan ilmu hitam. Hati-hatilah kalian," tulisnya lagi. Dalam pada itu, Dazrin berkata sekiranya lagu yang digunakan itu melalaikan pendengar, seeloknya dijauhi.
"Apa hukum dengar lagu dia, sedangkan lagu dia tak bawa maksud apa-apa yang mensyirikkan pun.
"Apa-apa sahaja hiburan yang melalaikan kita, yang boleh mempengaruhi perasaan dan diri kita. Ulama menghukumkan ‘makruh’. Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan," tulis Dazrin menerusi laman Twitter miliknya semalam.
Apa hukum dgr lagu dia, sdgkan lagu dia tak bawa maksud apa2 yg mensyirikkan pun.
Apa2 shj hiburan yg melalaikan kita, yg blh mmpengaruhi perasaan & diri kita. Ulama’ menghukumkan ‘Makruh’.
Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan.— Wan Dazrin (Official) (@wandazrin) June 4, 2020 Terdahulu, Lathi Challenge menjadi tular di media sosial selepas menampilkan kreativiti solekan pada wajah.
Pendakwan dan pencerus Ummah Syed Bakri menegur sikap segelintir pengguna media sosial yang masih melakukan #LathiChallenge kerana cabaran itu haram disebabkan beberapa faktor yang diambil kira.
BACA: “Latar Belakang Lagu, Solekan Ala Syaitan, Lathi Challenge Haram” - PU Syed Beri Teguran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

Guna Tilikan Untuk Nasihat & Pandangan? Ini Hukumnya Dalam Islam

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Ramai dalam kalangan kita, khususnya umat Islam yang menggunakan khidmat individu untuk meramal atau melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar – dalam erti kata lain menerima nasihat daripada tukang tilik.
Viral

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin

gempak
18/06/2024
02:50 MYT
Bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Viral

Perbuatan Sihir Jadi Bahan Jenaka Di TikTok? Netizen Luah Kerisauan: “Komen Semua Macam Tak Tahu Hukum-Hakam”

gempak
07/06/2024
06:17 MYT
Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang individu didakwa melakukan perbuatan sihir di platform TikTok.
Laman Utama

Khong-Khaek, Filem Seram Islamik Pertama Thailand Masuk Pawagam Malaysia! - "Ada Pelakon Nampak Kelibat ..."

gempak
03/11/2023
13:50 MYT
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mula ditayang 2 November 2023.